Anwar beri alasan takut kompaun enggan jawab soalan media

November 13, 2021 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan melayani pengamal media yang menunggunya lama semasa sedang duduk dengan para pengundi di sebuah warung di Felda Tun Ghafar Kemendor, Jasin.

Ketua Pembangkang itu bersama Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bangun meninggalkan warung tersebut dan enggan mengadakan sidang media atas alasan takut dikompaun.

“Kamu nak sidang media? Kalau nak sidang media, kompaun nanti kamu semua bayar. Saya tak mahu bayar RM10,000,” kata Anwar dipetik laporan BH, sebelum masuk ke dalam kereta dan kemudiannya beredar.

Mohamad turut mengelak memberi kenyataan kepada pihak media yang mahu bertanya mengenai perkembangan kempen PH pada PRN Melaka, dengan alasan ‘tiada wang’ untuk membayar kompaun.

“Tak boleh, tak boleh (adakan sidang media). (Kompaun) RM4,000, saya tak ada duit,” katanya ringkas.

Prosedur operasi standard (SOP) PRN yang terlalu ketat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diumumkan bermula tempoh berkempen Isnin lalu, dengan suruhanjaya itu menetapkan semua aktiviti kempen seperti berhimpun, ceramah, ziarah rumah ke rumah dan tinjauan mesra adalah dilarang.

Mengikut Akta 342 kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti tiada penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka dan menyediakan pendaftaran MySejahtera boleh dikenakan kompaun.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun kepada mana-mana individu atau pertubuhan perbadanan yang melanggar mana-mana SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pelan Pemulihan Negara.

Pada 24 Okt lepas, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk penganjuran majlis pelancaran jentera pilihan raya tidak dibenarkan berkuat kuasa 25 Okt hingga 27 Nov ini bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan dan peningkatan kes mendadak Covid-19.

Berita berkaitan
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Popular
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin
March 5, 2022
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok