Sekolah di Johor, Terengganu dibuka 7 November

October 24, 2021 · Isu semasa

Sekolah di Johor dan Terengganu akan bermula 7 November ini mengikut ketetapan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), hari ini.

Pembukaan semula sekolah itu dibuat susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Jumaat lalu yang memaklumkan kedua-dua negeri itu kini beralih ke Fasa 4 PPN berkuat kuasa esok.

KPM dalam kenyataan memaklumkan pembukaan semula sekolah akan melibatkan kemasukan bagi murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) sekolah rendah serta pelajar Tingkatan Tiga dan Tingkatan Empat sekolah menengah, manakala institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM akan beroperasi mengikut jadual masing-masing.

“Bagaimanapun berikutan 7 November adalah cuti tambahan yang diperuntukkan dalam takwim KPM sempena perayaan Deepavali, maka sekolah kerajaan bawah KPM di kedua-dua negeri hanya akan memulakan operasinya pada 8 November.

“Kehadiran murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) sekolah rendah serta kelas peralihan, Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua sekolah menengah bagi kedua-dua negeri itu pula akan bermula pada 14 November,” menurut kenyataan itu.

KPM menjelaskan penetapan pengoperasian institusi pendidikan bawah kementerian itu akan mengikut fasa baharu yang akan dilaksanakan selepas dua minggu daripada tarikh peralihan fasa di sesebuah negeri.

Sehubungan itu, menurut KPM pada masa ini pengoperasian institusi pendidikan di Johor dan Terengganu adalah berdasarkan ketetapan Fasa 3 PPN sehinggalah ia beralih kepada fasa seterusnya pada 7 November.

KPM menyarankan agar ketetapan yang dibuat itu turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM termasuk institusi pendidikan bawah kerajaan negeri.

Sementara itu, sehingga semalam, sebanyak 45.1 peratus atau 162,377 remaja di Johor berusia 12 hingga 17 tahun yang majoritinya pelajar sekolah, telah melengkapkan suntikan vaksin masing-masing, manakala 88.3 peratus atau 317,827 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara di Terengganu pula seramai 67,413 remaja atau 48.8 peratus telah lengkap divaksin, dan 86.5 peratus atau 119,526 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Bubar Parlimen: Ismail Sabri kena saman
October 12, 2022
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
3 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok