Sistem AWAS masih beroperasi

October 20, 2021 · Isu semasa

Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang sebelum ini dikenali sebagai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) masih beroperasi dan dikuat kuasa berpandukan kaedah dan garis panduan operasi standard yang telah ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong berkata, hasil kutipan diperoleh daripada pembayaran kompaun atau denda AWAS sejak 1 September 2018 hingga 30 September lepas ialah lebih RM9 juta, lapor Bernama.

“Pengoperasian AWAS adalah bagi mematuhi objektif utama pelaksanaan sistem ini untuk mengubah minda serta memberi pengajaran dan kesedaran kepada orang ramai untuk patuhi peraturan jalan raya demi menjaga tahap keselamatan dan kebajikan semua pengguna jalan raya.

“Mulai 1 September 2018, semua aspek pengoperasian, penyelenggaraan, pembangunan dan penguatkuasaan AWAS telah diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pengangkutan melalui JPJ,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Senator Datuk Othman Aziz yang ingin tahu jumlah kutipan yang diperoleh daripada AWAS kerana kesalahan pemandu dan sama ada kaedah itu akan diperkenalkan semula.

Henry berkata, pada tahun 2018 sebanyak 84,116 saman telah dikeluarkan melibatkan 77,233 saman berkaitan kesalahan had laju manakala 6,883 saman membabitkan kesalahan lampu isyarat.

“(Bagaimanapun) kadar penyelesaian (bagi semua saman terbabit) agak kurang iaitu di bawah kesalahan had laju hanya 10,604 (saman) yang diselesaikan manakala bagi kesalahan lampu isyarat hanya 1,703 (saman),” katanya.

Berita berkaitan
CAAM diarah siasat semua pesawat Beechcraft Model 390 di Malaysia
August 18, 2023· Isu semasa
Tambang feri ke Langkawi belum naik
July 16, 2022· Isu semasa
Tambang e-hailing: Kementerian Pengangkutan beri amaran keras
May 25, 2022· Isu semasa
Tiga jenis kenderaan mikromobiliti dilarang atas jalan raya Malaysia
April 26, 2022· Isu semasa
Popular
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok