Penyelidik Belanda sedang membangunkan alat suntikan tanpa jarum yang mana diharapkan dapat meredakan ketakutan bagi golongan yang takut jarum, khususnya untuk pemberian vaksin.
‘Bubble Gun’ direka menggunakan laser untuk menekan titisan kecil vaksin atau ubat-ubatan ke lapisan luar kulit seseorang dijangka dapat dikeluarkan dua atau tiga tahun lagi.
David Fernandez Rivas dari Universiti Twente dan Institut Teknologi Massachusetts sudah membangunkan kajian kepada kaedah suntikan terbaharu ini.
Katanya, proses suntikan itu lebih pantas daripada gigitan nyamuk dan penerima tidak akan berasa sakit kerana hujung saraf di dalam kulit tidak akan disentuh untuk proses tersebut.
“Suntikan akan dilakukan dengan mempercepatkan proses titisan cairan kecil vaksin atau ubat-ubatan yang menembusi lapisan kulit dan kaedah ini mempunyai banyak manfaat.
“Pertama, ia dapat menghilangkan rasa takut. Selain itu, kita semua selalu didedahkan dengan benda asing disebabkan jarum yang digunakan dan sistem imun badan kita berfungsi dengan sangat baik apabila kita menyuntik ke atas lapisan kulit yang tebal ini,” katanya.
Henk Schenk turut mengesyorkan proses ini akan memberikan terapi bagi membantu orang ramai yang menderita penyakit trypanophobia iaitu perasaan takut dengan jarum.
Katanya, ia bukanlah hal yang luar biasa, kira-kira hampir satu dari lima orang di Belanda menderita penyakit itu dan wabak pandemik Covid-19 secara tidak langsung mendedahkan kajian tersebut.
Kajian terperinci mengenai penggunaan kaedah ‘bubble gun’ memerlukan tempoh masa setahun hingga tiga tahun sebelum ianya dapat digunakan oleh masyarakat umum, namun hasil kajian akan bergantung sepenuhnya pada tahap kemajuan kajian dan isu berkaitan perundangan.
Selain itu, permohonan dana untuk memulakan kajian ke atas manusia secara sukarela akan dilaksanakan mulai bulan ini, jelas Rivas.
Sebuah syarikat baharu akan turut sama berkerjasama dengan industri farmaseutikal untuk menguji dan memasarkan ‘bubble gun’ apabila ianya diluluskan di pasaran global kelak. – Agensi