Rentas negeri diharap dapat ubati kerinduan pada ibu bapa

October 12, 2021 · Isu semasa

Kelonggaran pergerakan rentas negeri yang diumumkan Ahad lalu diharap dapat mengubati hati rakyat yang ingin bertemu ibu bapa yang sudah lama terpisah.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, meskipun kelonggaran sudah diberikan, namun rakyat diingatkan supaya tidak mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Seperti yang saya umumkan, pergerakan rentas negeri sudah dibenarkan selepas kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa mencapai 90 peratus.

“Pandemik Covid-19 menyebabkan gangguan emosi dan tekanan perasaan dalam kalangan sebahagian daripada Keluarga Malaysia.

“Saya berharap kelonggaran ini dapat mengubat hati kita untuk menemui ibu bapa dan ahli keluarga yang sudah lama terpisah. Bagaimanapun, prosedur operasi standard yang telah ditetapkan mesti dipatuhi oleh Keluarga Malaysia,” katanya ketika membentangkan usul Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara hari ini.

Ismail Sabri berkata, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan apabila 90.4 peratus populasi dewasa sudah lengkap menerima vaksin setakat semalam.

Katanya, kadar vaksinasi yang semakin meningkat dan liputan yang semakin meluas membolehkan kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara bersasar di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Kita sudah menyaksikan dunia terkesan akibat penularan pandemik Covid-19. Pada tahun 2020, ekonomi global menguncup pada kadar 3.2 peratus, malah Malaysia turut menerima kesan pandemik ini dan mencatat penguncupan sebanyak 5.6 peratus pada tahun sama.

“Bagi menangani krisis berkembar ekonomi dan kesihatan ini, kerajaan melaksanakan lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion,” katanya.

Ismail bekata lagi, susulan pelbagai usaha yang dilakukan, ekonomi negara kembali stabil dan berkembang sebanyak 16.1 peratus pada suku kedua tahun ini.

“Selaras dengan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial, ekonomi negara mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang lebih kukuh,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok