Rakaman sejam bahan bukti kes bekas ketua perisik Malaysia

April 6, 2021 · Isu semasa

Beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat membawa keluar beberapa kotak dari sebuah kondominium di Cyberjaya ketika siasatan kes pecah amanah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) yang dihadapi bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Ab Hamid (gambar).

Ini berdasarkan salah satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada 69 fail rakaman CCTV yang ditayangkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini ketika perbicaraan kes itu di hadapan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh, lapor Bernama.

Dalam prosiding itu,Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Farid Ahmad Kamal mengemukakan rakaman CCTV tersebut ketika pemeriksaan utama terhadap saksi pendakwaan kelapan, Pegawai Siasatan di Bahagian Forensik Teknologi Ibu Pejabat SPRM, Badri Azni ,37.

Rakaman itu menunjukkan beberapa pegawai SPRM membawa keluar kotak-kotak yang disorong menggunakan troli melalui salah sebuah lif di kondominium tersebut pada 30 Ogos 2018.

Bagaimanapun, mahkamah tidak diberitahu mengenai kandungan kotak-kotak berkenaan.

Saksi pendakwaan kelapan itu berkata, fail berdurasi 60 minit itu yang dirakam antara 9 Mei 2018 dan 30 Ogos 2018 diperoleh pihak SPRM daripada unit keselamatan kondominium itu ketika siasatan kes dijalankan.

Pada 6 Oktober tahun lalu, saksi pendakwaan pertama, Penolong Penguasa SPRM Muhammad Nizhar Kadi memberitahu mahkamah bahawa SPRM telah menjalankan operasi bagi kes itu.

Dalam keterangannya, beliau berkata, pada 30 Ogos 2018 pasukannya menggeledah satu unit kondominium di Cyberjaya dan telah menyita wang tunai berjumlah AS$4.07 juta.

Pada 25 Oktober 2018, Hasanah, 64, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kompleks JPM, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 30 April hingga 9 Mei 2018.

Hasanah dituduh Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Shahrir bersambung esok.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Tuah busana 7 Puteri Ulek Mayang
December 13, 2021
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Senja pilu di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam
July 17, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok