Kes Guan Eng tangguh sebab dikuarantin, tapi hadir program semalam

September 8, 2021 · Politik

Pertikaian timbul susulan penangguhan perbicaraan kes mahkamah hari ini melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan diarah menjalani kuarantin kendiri Covid-19 bermula 1 hingga 10 September ini.

Perbicaraan Setiausaha Agung DAP yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang sepatutnya berlangsung hari ini tetapi ditangguhkan kepada 22 September ini.

Tangkap layar Facebook Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, semakan dalam akaun Facebook Guan Eng sebaliknya mendapati semalam beliau ada hadir dalam program bantuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Jermal dan Parlimen Bagan.

Agenda Daily juga menyemak Facebook Guan Eng dan sempat mengambil tangkap layar hantaran yang dikongsi pemimpin DAP tersebut dalam program yang dihadirinya semalam.

Persoalan timbul bagaimana Guan Eng yang sepatutnya habis kuarantin pada 10 September ini boleh turut serta dalam program tersebut, malah penangguhan perbicaraan kesnya hari ini juga atas alasan sama digunakan.

Hari ini sepatutnya memasuki hari kelapan perbicaraan dengan empat saksi pendakwaan telah memberi keterangan setakat ini, pada perbicaraan yang bermula pada 13 Julai lepas.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng, 60, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika kejadian, menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta, dengan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik bagi melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang, yang bernilai RM6,341,383,702.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng dituduh meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul sebagai upah, bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama, dan perbuatan itu didakwa dilakukan berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta, dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri tersebut, yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
10 jam lalu· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Popular
Bersatu tidak dominasi PN, PAS tempelak dakwaan Ismail Sabri
November 16, 2022
Hapus hutang dan sukuk adalah lain, Muhyiddin beritahu kepada PMX yang tak faham
July 9, 2023
Ucapan 3R : PN akan lapor polis terhadap Guan Eng
July 9, 2023
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok