PKR berharap Azalina dilantik jadi Yang di-Pertuan Dewan Rakyat

September 3, 2021 · Politik

Pemimpin UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said menerima sokongan daripada parti blok pembangkang, PKR agar dilantik menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat baharu apabila semasa sidang Parlimen dibuka nanti.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata pembangkang berharap kerajaan dapat menimbang untuk melantik Azalina untuk menggantikan Datuk Azhar Harun selepas tercicir dalam senarai barisan Kabinet yang diumumkan baru-baru ini.

“Selain itu, saya lihat seharusnya orang seperti Datuk Seri Azalina Othman dimasukkan (dalam Kabinet). Tapi sayang itu tidak berlaku.

“Saya harap kerajaan akan mempertimbang beliau (dilantik) sebagai Speaker (Dewan Rakyat),” katanya dipetik lapor portal Berita Harian.

Cadangan tersebut dikemukakan ketika Azhar sedang berdepan desakan supaya meletak jawatan, malah Dewan Rakyat juga sudah menerima beberapa usul persendirian yang memintanya berundur daripada beberapa Ahli Parlimen (MP).

Persidangan Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 dijadualkan berlangsung pada 13 September ini.

Sidang tersebut akan berakhir sehingga 12 Oktober.

Sidang kali ini merupakan yang kali pertama sejak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah pada 21 Ogos lalu bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin yang meletak jawatan.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok