Saya nampak ramai benar rakyat Malaysia keliru apa sebenarnya jaga SOP. Senarai kelakuan dibawah adalah tidak mengikut SOP:
1. Bersalaman. Mana boleh bersalam-salam. Peluk cium lagilah. Ini tidak memenuhi SOP kekalkan penjarakan fizikal > 1m
2. Makan bersama bukan dengan keluarga yang duduk serumah tidak memenuhi SOP penjarakan fizikal; lagi-lagi kena buka pelitup muka. Jadi, jangan makan beramai-ramai. Apa salahnya makan seorang diri terutama semasa kerja. Melepak lagilah. Keluar makan ramai-ramai lagilah. Elakkan.
3. Pergi ke mall; keluar beramai-ramai tidak ikut SOP. Bawak anak-anak kecil lagi. Keluar bila perlu sahaja. Seorang keluar untuk beli barangan untuk makan / kehidupan asas cukup lah. Tolonglah jangan salahkan kerajaan buka mall. Mall dibuka bukan untuk anda engkar SOP.
4. Tidak memakai pelitup muka dengan betul sepenuh masa bila keluar rumah termasuk semasa bekerja. Jangan sekali-kali bercakap dengan sesiapa yang tidak memakai pelitup muka. Menapak satu langkah keluar rumah pun kena pakai pelitup muka.
5. Jangan bersama-sama dengan orang lain di kawasan tertutup lebih daripada 15 minit walaupun kesemuanya pakai pelitup muka. Jika perlu sangat nak berada di situasi ini, pakai facesheild.
6. Ziarah menziarah salah. Yang ini saya tengok merata-rata punca kes sekarang. Hanya duduk di rumah sendiri. Sikap tidak apa inilah yang bermasalah. “Sekejap saja; lagi pun apa salahnya”. Kalau tidak rasa salah pada diri sendiri, rasalah bersalah kepada masyarakat Malaysia.
7. Sebagai tuan rumah, jangan buka pintu kepada orang lain. Kalau buka, anda salah. Membawang lebih 15 minit dengan jiran tepi pagar pun jangan; walaupun semua pakai pelitup muka.
8. Kalau anda tahu anda kontak rapat atau anda tidak menjaga SOP semasa keluar rumah, tinggal seorang diri. Lawat bilik ke bilik didalam satu rumah pun tidak boleh. Serupa juga jika anda PUS (individu di bawah pemantauan), iaitu anda ada kontak dengan seorang yang kontak rapat pesakit positif.
Kalau tidak ada bilik berasingan, jauhi keluarga dan jangan makan bersama. Tak perlu ‘jaga’ hati orang lain. Beri mereka kesedaran, terangkan apa maksud norma baru. Anda selamat, keluarga anda selamat dan anda mungkin menyelamatkan mereka dan keluarga mereka juga.
Dr Rafidah Abdullah