Zahid tak puas hati PAS tuduh BN, UMNO masih dicemari rasuah

October 16, 2022 · Politik

UMNO kecewa dengan kenyataan PAS tentang bagaimana parti komponen Barisan Nasional (BN) itu masih dicemari skandal rasuah dan dipenuhi dengan pemimpin yang rakus dan tidak insaf.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, adalah tidak berasas dan tidak wajar.

Untuk rekod, Zahid berdepan 87 pertuduhan di dua mahkamah, yang turut melibatkan kes rasuah. Empat puluh pertuduhan di Mahkamah Tinggi Shah Alam telah selesai apabila beliau dibebaskan, tetapi pihak pendakwaan mengemukakan rayuan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pula dijangka membuat keputusan terhadap 40 pertuduhan yang turut melibatkan kes rasuah pada awal Disember depan.

Pada 24 Januari Zahid diperintah membela diri terhadap 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Mengulas lanjut, Zahid berkata:

“Saya percaya dia berkata begitu berdasarkan pemerhatian dan pandangan peribadinya. Kalau saya nak malukan (mengaibkan) dia, saya boleh.

“Mengibaratkan parti politik dengan haiwan, tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan adalah tidak wajar.

“Durian ada duri yang tajam. Kalau awak berada di bawah durian yang jatuh, saya takut ketajaman duri itu akan menyakitkan kepala awak, kalau bukan badan awak. Jadi jangan main durian,” katanya menurut NST hari ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Bagan Datuk di Dewan Perdana di Kompleks UMNO Bagan Datuk, hari ini (16 Oktober 2022).

Zahid mengulas kenyataan Abdul Hadi dalam ucapan Kuliah Dhuha pada Jumaat, menyamakan kerjasama Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS seperti memakan “durian mentah”, yang boleh menyebabkan sakit perut.

Semasa menyenaraikan mengapa PAS bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan bukannya BN, Abdul Hadi berkata PAS mendapati ia membebankan untuk menerima UMNO, yang disifatkannya sebagai parti yang “keruh”.

Pada Khamis, Abdul Hadi berkata PAS telah memperkukuh kerjasama politik dengan PN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) demi perpaduan ummah.

Pada Isnin,10 Oktober 2022 lalu ketika berucap pada perhimpunan MIC, Zahid telah menamakan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN yang berada dalam “senarai menunggu” untuk didakwa atas kesalahan yang telah dilakukan mereka, jika gabungan itu kalah pada PRU-15 ini.

Pemimpin terbabit yang disebut Zahid, termasuk Wee sendiri, serta Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan; Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran; dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Jangan lupa DAP, PKR lebih banyak derhaka kepada Agong, Raja-Raja Melayu
August 4, 2021
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok