Sudah hantar permohonan, PBM kini tunggu jawapan BN: Zuraida

August 3, 2022 · Politik

Permohonan rasmi Parti Bangsa Malaysia (PBM) sudah dihantar kepada Barisan Nasional (BN) untuk menyertai gabungan tersebut bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Perkara itu disahkan bakal Presidennya, Datuk Zuraida Kamaruddin yang memberitahu permohonan itu sudah dibuat sejak tiga minggu lalu bagaimanapun setakat ini masih tiada sebarang maklum balas diberikan oleh BN berhubung status sama ada menerima PBM atau sebaliknya.

“PBM telah hantar permohonan dalam tiga minggu lepas untuk menyertai BN sebagai parti komponen.

“Jadi, sekarang masih lagi menunggu jawapan,” katanya dipetik laporan media.

Zuraida ditanya berhubung permohonan tersebut semasa ketika ditemui pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) dengan 18 penaja untuk Persidangan dan Pameran Glove Rubber International 2022 (IRGCE 2022).

PBM sebelum ini dilaporkan dalam proses perbincangan untuk berbuat demikian dan akan dimuktamadkan oleh kepimpinan tertinggi parti dalam masa terdekat.

Ini kerana mengambil kira status Kerajaan Persekutuan ketika ini yang terdiri daripada gabungan BN dan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini turut memaklumkan belum menerima permohonan rasmi daripada PBM, bagaimanapun terbuka untuk menerima kemasukan parti berkenaan bagi menyertai gabungan itu.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang itu sebelum mengumumkan langkah keluar Bersatu dan menyertai PBM, tetapi kekal menyokong kerajaan sedia ada dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berita berkaitan
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Wan Saiful cabar DAP saman UMNO-BN dalam isu Komunis
November 17, 2023· Politik
Zahid kata kerusi Kemaman kubu kuat UMNO
November 13, 2023· Politik
Popular
Pemuda PKR pula desak Ramasamy dipecat dari kerusi Timbalan KM
February 12, 2023
Kerajaan Anwar sekat kebebasan bersuara rakyat, BERSIH kecewa janji tak ditunaikan
September 13, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok