PBM teliti kedudukan Yong selepas disabit hukuman kes rogol

July 27, 2022 · Politik

Parti Bangsa Malaysia (PBM) sedang meneliti tindakan selanjutnya berhubung kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong.

Yong merupakan Bendahari PBM dan hari ini Mahkamah Tinggi Ipoh menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia, tiga tahun lalu.

Ketua Penerangannya, Zakaria Abdul Hamid memaklumkan kedudukan Bendahari PBM itu akan dibincangkan pada mesyuarat bulanan Majlis Tertinggi (MT) parti berkenaan, Jumaat ini.

“Sebagai sebuah parti politik yang mendukung kedaulatan undang-undang, kami amat menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Ipoh berhubung kes Paul Yong. Pada ketika ini, kami dimaklumkan bahawa beliau dibenarkan untuk membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.

“Kami amat yakin kepada sistem kehakiman negara dan percaya proses perundangan yang dilalui oleh beliau akan berlaku secara saksama dan adil,” katanya dalam satu kenyataan.

Hukuman ke atas Paul Yong, 51, diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Abdul Wahab Mohamed selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Terdahulu pada 23 Ogos 2019, bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak itu mengaku tidak bersalah melakukan jenayah berkenaan di rumahnya di Meru Desa Park, Ipoh, antara jam 8.15 hingga 9.15, 7 Julai 2019.

Pada 28 September lalu, pihak pendakwaan menutup kes selepas memanggil 23 saksi, termasuk dua saksi terlindung untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu yang bermula pada 5 April 2022.

Mahkamah menetapkan tarikh untuk keputusan selepas selesai mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada 16 November lalu.

Kes itu pada mulanya disebut di Mahkamah Sesyen, namun pada 15 Disember 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pembelaan supaya ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Pemuda PKR pula desak Ramasamy dipecat dari kerusi Timbalan KM
February 12, 2023
Kerajaan Anwar sekat kebebasan bersuara rakyat, BERSIH kecewa janji tak ditunaikan
September 13, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok