Anwar kata sudah ada calon Menteri KPDN

November 24, 2023 · Politik

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sudah ada calon yang sesuai untuk mengisi portfolio Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, yang kosong susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Julai lepas.

Bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Furqan di sini hari ini, Anwar ketika ditanya jika sudah ada nama pengganti Salahuddin berkata: “Ada, ada.”

Tanpa mendedahkan butiran individu yang dimaksudkan, Anwar berkata ia akan akan diumumkan secepat mungkin.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada malam 23 Julai lepas setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ketika ini dipangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.

Sementara itu, ditanya mengenai dapatan kaji selidik Merdeka Center yang menyatakan kadar penilaian kelulusan Anwar sebagai perdana menteri merosot kepada 50 peratus berbanding 68 peratus dalam tinjauan sebelum ini, Anwar berkata beliau mengambil maklum akan perkara itu.

Beliau berkata maklum balas itu adalah daripada 1,200 orang dan bukannya 32 juta rakyat Malaysia.

“Kajian mereka hanya 1,200 sahaja, dan kita mendengar pandangan itu, tetapi kita juga kena cuba menyantuni seramai 32 juta orang,” katanya.

Media melaporkan kaji selidik Merdeka Center yang menyatakan penerimaan terhadap Anwar menurun selepas setahun pentadbirannya.

Berita berkaitan
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
7 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok