Sambutan Aidilfitri: Ingat! Covid-19 masih ada

April 13, 2023 · Isu semasa

Menjelang sambutan Aidilfitri beberapa hari lagi, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada kerana wabak Covid-19 masih ada.

Presiden MMA, Dr Muruga Raj Rajathurai berkata virus itu tidak mengubah cara ia merebak dan ia masih boleh menyebabkan simptom teruk atau Covid berpanjangan (simptom Covid-19 yang berpanjangan).

“Walaupun kebanyakan kes yang dilaporkan adalah ringan, ada yang mengalami simptom teruk atau berpanjangan yang mungkin memerlukan kemasukan ke hospital dan pemulihan.

“Kita mungkin berada pada peringkat pasca pandemik di mana Covid-19 terkawal di negara ini, tetapi masih perlu memastikan mereka yang berisiko tinggi terus dilindungi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (12 April 2023).

Beliau mengingatkan mereka yang mempunyai simptom, tanpa mengira umur, untuk menjalani ujian dan diasingkan untuk tempoh yang ditetapkan jika keputusan ujian positif.

“Adalah bijak untuk tidak menolak gejala penyakit seperti influenza (ILI) sebagai selesema biasa. Dapatkan ujian untuk Covid-19.

“Pelitup muka juga perlu dipakai apabila berada di hadapan orang tua, mereka yang mempunyai komorbiditi dan ketika berada di ruang sesak dengan pengudaraan yang lemah,” katanya lapor Borneo Post.

Dr Muruga turut mengingatkan bahawa untuk menguatkan sistem imun juga penting dan perlu dititikberatkan.

“Patuhi diet yang sihat, dapatkan rehat yang mencukupi setiap hari dan senaman akan membantu meningkatkan sistem imun yang merupakan pertahanan semula jadi tubuh terhadap jangkitan,” tambahnya.

Untuk rekod, sehingga 8 April lalu jumlah kumulatif positif sejak kes pertama Covid-19 dikesan di Malaysia pada 25 Januari 2020, adalah sebanyak 5,056,911, dengan 5,006,634 pesakit sembuh dan 36,994 kematian dilaporkan.

Sejak 1 April hingga 8 April, sebanyak 5,172 kes baharu Covid-19 direkodkan dengan 6 April mencatat jumlah harian tertinggi iaitu 805 kes.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok