Roboh tokong: PN lapor Guan Eng kepada polis

July 10, 2023 · Isu semasa

Perikatan Nasional (PN) membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berhubung tuduhan kemenangan gabungan itu di Pulau Pinang pada PRN kali ini akan menyebabkan tokong Buddha dirobohkan dan sekatan beragama berlaku.

Timbalan Ketua Pemuda PN, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata kenyataan Guan Eng itu sangat berbahaya terhadap hubungan antara kaum dan agama di negara ini.

“Saya difahamkan setakat ini kira-kira 50 laporan polis sama dibuat PN seluruh negara terhadap Guan Eng atas kenyataan yang cukup rasis, ekstrim dan prejudis ke atas PN.

“Apa yang Guan Eng sebutkan dalam program itu menghasut dan jahat serta sangat bahaya kepada hubungan antara kaum dan agama di Malaysia,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, hari ini.

Semalam, polis memaklumkan Guan Eng disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas menerima beberapa laporan terhadapnya kerana dipercayai menyentuh isu 3R (kaum, agama dan raja) ketika berucap pada program ‘Tian Fu Gong Bai Long Wang Singapore – Malaysia Tour 2023’ di Tokong Batu, Jelutong, Pulau Pinang pada 7 Julai lalu.

Portal MalaysiaNow yang menterjemahkan laporan China Press melaporkan Guan Eng berkata ‘gelombang hijau’ akan menyebabkan tokong dirobohkan, namun penyembahan terhadap ‘tuhan dan Buddha’ akan terus dilindungi jika kerajaan semasa Pulau Pinang dikekalkan selepas PRN.

Namun bekas menteri kewangan itu menafikan laporan itu dan berkata ucapannya merujuk kepada kes sebuah kuil Hindu  yang dirobohkan pada Julai 2020 di Kedah.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Apakah ini ‘la maja desnuda’ Malaysia?
April 20, 2021
Apandi rayu kes mahkamah tolak saman fitnah terhadap Kit Siang
May 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok