Pihak berkuasa Norway tahan warga Malaysia disyaki mengintip

September 12, 2023 · Isu semasa

Kementerian Luar menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm mengesahkan seorang lelaki dipercayai warganegara Malaysia telah ditahan di Oslo, Norway kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengintipan.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan di Oslo untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes tersebut, lapor Bernama.

“Kementerian Luar akan terus memantau perkembangan kes ini dan akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya sekiranya diperlukan,” menurut kenyataan itu.

Agensi media antarabangsa melaporkan seorang pelajar Malaysia berusia 25 tahun di Norway ditahan pihak berkuasa tempatan kerana didakwa mengintip termasuk mencuri dengar secara haram menerusi pelbagai peranti teknikal.

Menurut laporan itu, agensi perisikan polis Norway dikenali sebagai PST mendakwa lelaki berkenaan cuba mengintip pejabat perdana menteri, Kementerian Pertahanan dan pejabat kerajaan lain di Oslo.

PST memberitahu Norwegian Broadcasting (NRK) bahawa lelaki itu yang ditahan Jumaat lepas sudah didakwa di mahkamah berikutan tindakannya melakukan operasi pengintipan dan risikan terhadap negara berkenaan.

Berita berkaitan
Norway sudah maklumkan PDRM berhubung penahanan warga Malaysia
September 14, 2023· Isu semasa
Sanusi sangkal tak dapat dihubungi pihak polis, ada tangkap layar perbualan
July 19, 2023· Politik
Lima mangsa sindiket kerja di Kemboja dibawa pulang
September 20, 2022· Isu semasa
11 mangsa penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja tiba di KLIA2
September 16, 2022· Isu semasa
Popular
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
September 25, 2023
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
September 26, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
3 jam lalu · Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
3 jam lalu · Isu semasa
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
6 jam lalu · Isu semasa
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
6 jam lalu · Isu semasa
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
35 minit lalu
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok