Cabaran paling besar kerajaan bantu rakyat ketika pandemik, kata Muhyiddin

September 25, 2021 · Isu semasa

Krisis kesihatan yang melanda negara menjadi cabaran paling besar kepada kerajaan dalam usaha membantu rakyat yang terjejas, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mantan Perdana Menteri itu berkata keperitan hidup yang dihadapi rakyat memberi keinsafan kepadanya untuk terus menyuarakan suara rakyat dan mencari jalan yang terbaik dalam memastikan orang ramai mendapat bantuan yang mencukupi semasa berdepan penularan Covid-19.

“Sejujurnya, saya amat menginsafi keperitan hidup yang ditempuhi rakyat ekoran pandemik ini.

“Sepanjang lebih 40 tahun saya berkhidmat sebagai seorang wakil rakyat, ini kali pertama saya perlu menyediakan bantuan bekalan keperluan asas pada skala yang besar dan meliputi barang kering dan basah terutamanya ketika lockdown dilaksanakan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Muhyiddin meluangkan masa melawat meninjau kehidupan rakyat di kawasan Parlimennya, Pagoh hari ini dan menyampaikan bantuan kepada orang ramai.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu turut berkata keperluan asas rakyat perlu dipastikan mencukupi dan menggesa setiap wakil rakyat di kawasan menumpukan perhatian dalam membantu orang ramai yang memerlukan bantuan sewajarnya.

“Keperluan asas rakyat tidak boleh diabaikan dan perlu diberi perhatian sewajarnya oleh wakil rakyat masing-masing.

“Banyak usaha dan perancangan kerajaan akan diperhebatkan untuk menangani pandemik ini dan yang paling penting memulihkan semula ekonomi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau menekankan fasa pemulihan yang sedang berjalan hasil perancangan kerajaan terdahulu dan diteruskan kerajaan kini adalah penentu untuk rakyat dapat hidup seperti normal semula.

“Fasa pemulihan adalah fasa penentu yang penting untuk memastikan rakyat dapat kembali hidup seperti sediakala,” katanya lagi.

Jelasnya, krisis Covid-19 yang sudah membelenggu negara hampir 20 bulan memberi implikasi besar bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga kepada hasil kerajaan, oleh sedemikian perancangan rapi dan teratur perlu dipastikan berjalan dengan lancar.

“Pandemik Covid-19 yang kini sudah melewati 20 bulan memerlukan perancangan yang rapi dan teratur untuk membawa negara keluar daripada cengkaman pandemik ini.

“Fokus utama kini adalah untuk melindungi dan memulihkan kehidupan serta mata pencarian rakyat, membina semula daya ketahanan ekonomi dan memangkin pembaharuan sosioekonomi,” ujarnya lagi.

Muhyiddin juga akan meneliti dan menyampaikan setiap permasalahan serta keluhan rakyat sepanjang tinjauannya bersama rakyat.

“Dalam tinjauan pagi tadi, banyak permasalahan yang diketengahkan kepada saya.

“Saya akan pastikan segala permasalahan disantuni dan keluh kesah rakyat didengar dan dicari jalan penyelesaiannya. Insya-Allah,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Masalah kewangan, tekanan ekonomi punca pasangan muda bercerai
July 25, 2023
Tuah busana 7 Puteri Ulek Mayang
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
18 jam lalu · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
18 jam lalu · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok