Amaran angin kencang, ombak kategori tiga di beberapa negeri

December 26, 2022 · Isu semasa

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini (Isnin, 26 Disember 2022) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan beberapa negeri sehingga Khamis (29 Disember).

MetMalaysia dalam satu kenyataan mengeluarkan amaran kategori tiga membabitkan angin kencang timur laut melebihi 60 kilometer sejam (kmph) dengan ombak naik melebihi 4.5 meter di perairan barat Sabah, Labuan dan timur Sabah.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku sehingga 27 Disember 2022 dan berpotensi membawa angin kencang dan ombak besar di Laut China Selatan, perairan pantai timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Pada masa yang sama, penumpuan angin yang berlaku di Sabah dijangka sehingga 28 Disember 2022. Keadaan ini boleh menyebabkan hujan berterusan di kawasan berkenaan,” kata Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah.

Justeru, katanya MetMalaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan yang kini melibatkan utara Sarawak berkuat kuasa sehingga 26 Disember 2022 manakala di negeri Sabah sehingga 28 Disember 2022.

“Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora bagi perairan Laut China Selatan dijangka berterusan sehingga 29 Disember 2022 manakala perairan Sabah Barat dan Labuan, Sabah Timur, Tenggara Reef North, Labuan, Timur Palawan dan Sulu sehingga 27 Disember 2022.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya.

Berita berkaitan
Hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Jumaat: MetMalaysia
November 21, 2023· Isu semasa
11 Nov hingga Mac tahun depan tempoh Monsun Timur Laut, siap sedia banjir
November 7, 2023· Isu semasa
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri petang ini
October 19, 2023· Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Ketua Pengarah KPPA sah ditamatkan khidmat, kata Zuki
December 13, 2022
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Tuah busana 7 Puteri Ulek Mayang
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
3 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok