30 rumah atas air hangus

April 21, 2021 · Isu semasa

Sekurang-kurangnya 30 rumah setinggan atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Sundang Laut, Batu Sapi dekat Sandakan, pagi tadi, lapor Bernama.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan, Martin Thomas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 7.55 pagi dan sepasukan bomba dengan empat jentera tiba di tempat kejadian 17 minit kemudian.

“Anggaran keluasan kebakaran adalah 100 x 200 meter dengan anggaran rumah terbakar sebanyak 30 buah jenis tidak kekal.

“Kami telah mengambil sumber air daripada tangki air sejauh 1,300 kaki (396.24 meter) daripada lokasi kebakaran kerana pada ketika kejadian air laut telah surut,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada 9.17 pagi dan tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan sementara punca kebakaran dalam siasatan.

Martin berkata pihaknya dengan bantuan penduduk kampung turut melaksanakan “firebreak” iaitu kaedah memutuskan kemerebakan api dengan merobohkan rumah dan jambatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong Alias Sani berkata kebanyakan mangsa akan ditempatkan di dewan serbaguna Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi, manakala sebahagian kecil ditempatkan di balai raya kampung terjejas dan rumah saudara mara.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Wisma Jakel terbakar lagi: Bomba siasat disengajakan atau bara api
January 3, 2023· Isu semasa
Api sambar bangunan pencakar langit di Changsha
September 16, 2022· Dunia
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Masalah kewangan, tekanan ekonomi punca pasangan muda bercerai
July 25, 2023
Tuah busana 7 Puteri Ulek Mayang
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
17 jam lalu · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
18 jam lalu · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok