[FOTO] Destinasi berkelah Air Terjun Kanching

October 24, 2021 ·

Air terjun di Taman Eko Rimba Kanching atau Hutan Lipur Kanching yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari Bandaraya Kuala Lumpur ini cukup terkenal bagi penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur.

Ini adalah kerana lokasi yang mempunyai pemandangan yang indah ini amat sesuai bagi mereka hendak beriadah terutama bagi mereka yang mempunyai keluarga.

Antara fasiliti yang disediakan disini ialah tandas awam, gerai makan, kedai serbaneka serta tempat letak kenderaan awam yang luas bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung kesini.

Di samping itu juga, terdapat tanah lapang serta pondok-pondok yang selesa, amat sesuai bagi mereka yang ingin membuat hari keluarga atau acara sukaneka.

Di sini terdapat 7 air terjun serta tersedia trek laluan yang dipelihara dengan baik. Memerlukan stamina yang kuat untuk mendaki jika pengunjung berhasrat hendak melihat kesemua 7 air terjun disini.

Bagi mereka yang ingin berkelah dan membawa anak-anak kecil, disarankan berada di 3 air terjun pertama sahaja kerana untuk naik lebih tinggi, agak sukar jika membawa banyak barang dan membawa anak-anak kecil ini.

Di ingatkan juga agar sentiasa berwaspada dengan barang dan makanan yang dibawa kerana monyet-monyet di sini agak agresif.

Sama-sama menjaga kebersihan kawasan ini untuk keselesaan bersama.

Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
Lagi foto terkini
[FOTO] Azmin Ali, ADUN baharu Hulu Kelang
August 12, 2023 ·
[FOTO] Hari mengundi awal di Balai Polis Hulu Kelang
August 8, 2023 ·
[FOTO] PN Selangor lancar manifesto “Selangor Baharu, Kita Bangkit”
August 5, 2023 ·
[FOTO] Ribuan hadir pengisytiharan calon PN Selangor di Taman Medan
July 27, 2023 ·
[FOTO] FRU, polis berkawal di Mahkamah Selayang
July 18, 2023 ·
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok