Zionis ajak pendatang Yahudi ceroboh Al-Aqsa malam 28 Ramadan

May 9, 2021 · Dunia

Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menggesa kumpulan penentang bersiap sedia terhadap sebarang tindakan ganas rejim Israel di Masjid Al-Aqsa dan Baitulmaqdis susulan rancangan pertubuhan Zionis untuk menceroboh masjid itu.

Hamas dalam satu kenyataan berkata, organisasi Zionis telah mengajak pendatang Yahudi untuk menceroboh Masjid Al-Aqsa pada malam 28 Ramadan dan menentang rakyat Palestin, Arab serta umat Islam.

Pergerakan itu memuji penduduk Baitulmaqdis yang terbabit dalam pertempuran dengan askar dan polis rejim Zionis di Gerbang Damaskus, perkampungan Sheikh Jarrah dan semua kejiranan Baitulmaqdis, dan berharap mereka akan meneruskan penentangan melawan penjajahan.

“Israel mencemari tampat suci kita dan memaksa penduduk Palestin di Sheikh Jarrah untuk keluar dari rumah mereka sendiri.

“Pada masa sama pertubuhan Zionis menggesa pendatang Yahudi untuk menceroboh Masjid Al-Aqsa pada malam 28 Ramadan dan menentang warga Palestin yang beribadat di masjid itu,” kata Hamas.

Pergerakan itu mengingatkan bahawa penduduk Palestin tidak akan duduk diam dan akan mempertahanan tanah air mereka.

Hamas juga mengingatkan penduduk Palestin supaya mengambil langkah berjaga-jaga kerana penentangan di perkampungan Sheikh Jarrah, Gerbang Damaskus dan Masjid Al-Aqsa belum berakhir.

“Hamas juga menggesa penduduk Palestin di Tebing Barat supaya bersama-sama berkumpul di Masjid Al-Aqsa malam ini, dan kekal berada di situ sehingga pagi Aidilfitri.

“Kami menggesa supaya pergerakan rakyat Palestin bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Rejim Israel harus menyedari bahawa rakyat Palestin bersedia mempertahankan Masjid Al-Aqsa dengan apa sahaja,” kata Hamas. – Agensi

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023
Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok