Varian Omicron boleh jejas prospek pertumbuhan ekonomi global

November 30, 2021 · Dunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan varian Omicron membawa risiko lonjakan jangkitan yang sangat tinggi, manakala sekatan sempadan oleh lebih banyak negara membayangi usaha memulihkan ekonomi daripada wabak yang telah merebak sejak 2019 itu.

Syarikat penerbangan besar bertindak pantas melindungi hab mereka dengan mengekang perjalanan penumpang dari negara-negara Afrika, tempat varian Omicron pertama kali dikesan, bimbang penyebaran varian itu akan mencetuskan sekatan serta-merta dari destinasi lain, kata sumber industri.

Namun, saham syarikat penerbangan melonjak semula pada Isnin setelah wujud perkembangan baharu bahawa varian itu mungkin terbukti kurang berbahaya daripada yang dibimbangi.

Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), Jerome Powell berkata varian baharu itu menjejaskan prospek inflasi kerana harga boleh terus meningkat lebih lama daripada yang difikirkan sebelumnya.

Peningkatan kes Covid-19 dan kemunculan varian baharu menimbulkan risiko pekerjaan dan aktiviti ekonomi serta meningkatkan ketidaktentuan inflasi,” kata Powell.

Agensi penarafan kredit Fitch Ratings dan Moody’s Investors Service memberi amaran bahawa Omicron boleh menjejaskan prospek pertumbuhan global dan menaikkan harga.

Presiden Joe Biden menggesa rakyat Amerika supaya tidak panik dan berkata kerajaan sedang bekerjasama dengan syarikat farmaseutikal untuk membuat rancangan kontingensi jika vaksin baharu diperlukan.

Biden berkata negara itu tidak akan kembali melaksanakan perintah penutupan pada musim sejuk ini, tetapi menggesa orang ramai untuk mendapatkan vaksin, memperoleh dos penggalak dan memakai pelitup muka.

“Ini adalah menimbulkan kebimbangan, bukan penyebab panik. Kami akan melawan dan menewaskan varian ini,” kata Biden.

Sebelum ini, AS telah menyekat kebanyakan pelawat dari lapan negara Afrika, dengan Biden berkata sekatan itu memberi masa kepada lebih ramai rakyat Amerika divaksin.

Keraguan terhadap keberkesanan vaksin di AS dan beberapa negara lain menggagalkan usaha pihak berkuasa kesihatan awam untuk mengawal virus berkenaan. – Agensi

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok