Varian Delta kini dominan di Britain: Kajian REACT-1

August 11, 2021 · Dunia

Satu kajian terbaharu kumpulan pemantau Covid-19 di Britain mendapati varian Delta Covid-19 kini menjadi dominan di negara itu dengan belia berusia antara 13 hingga 24 tahun turut dijangkiti.

Kajian Penilaian Masa Sebenar Jangkitan Komuniti 1 (REACT-1) yang diselaras Imperial College London membabitkan lebih 150,000 individu di seluruh England setiap bulan mendapati individu yang telah divaksin turut berdepan jangkitan varian Delta.

“Hasil penilaian itu juga menunjukkan bahawa walaupun individu yang telah divaksin masih memiliki perlindungan yang signifikan daripada jangkitan berbanding mereka yang tidak divaksinasi, varian Delta didapati mampu mengurangkan keberkesanan vaksin,” lapor kajian REACT-1 yang belum disemak pakar.

Keputusan kajian itu memberi maklumat bernilai tatkala kerajaan Britain membuat keputusan sama ada akan menawarkan atau tidak vaksin kepada remaja bagi mengurangkan potensi lonjakan jangkitan ketika musim luruh.

Walaupun jumlah penduduk dewasa yang diberi vaksin tinggi, bilangan individu yang positif Covid-19 di Britain telah meningkat dengan ketara pada tiga bulan terakhir.

REACT-1 dengan jelas menyatakan bahawa varian Delta Covid-19 yang telah menjadi dominan itu adalah pendorong kepada peningkatan jangkitan itu.

Kajian setiap bulan itu mengambil sampel daripada lebih 150,000 individu di seluruh England dengan saintis menghantar kit ujian kendiri kepada peserta sebelum mereka memulangkannya semula, bagi membolehkan analisis dilakukan.

Britain melaporkan 146 kematian baharu pada Selasa akibat Covid-19, jumlah harian tertinggi sejak 12 Mac lalu, susulan kesan daripada peningkatan kes positif bulan lalu.

Manakala jumlah jangkitan baharu pula turun kepada 23,510 kes berbanding 25,161 yang direkodkan pada Isnin, kurang separuh daripada yang pernah dicatatkan ketika kemuncak penularan pada 17 Julai lalu sebanyak 54,674 kes, dua hari sebelum negara itu memansuhkan semua sekatannya termasuk tiada lagi penjarakan sosial.

Namun kes Covid-19 meningkat semula dengan 196,047 penduduk Britain dijangkiti Covid-19 sejak beberapa minggu lalu.

Kerajaan Perdana Menteri Boris Johnson terus melonggarkan sekatan Covid-19 di seluruh England susulan program vaksinasi yang meluas yang menurutnya boleh memutuskan jangkitan Covid-19.

Tiga suku daripada penduduk dewasa Britain telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19, dan 89 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Sejak penularan wabak Covid-19 di Britain pada awal tahun lalu, 130,503 kematian dilaporkan dalam tempoh 28 hari setelah ujian saringan mendapati mangsa dijangkiti wabak berkenaan. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok