Varian Delta ancam model Singapura untuk ‘hidup bersama Covid’

September 7, 2021 · Dunia

Singapura memberi amaran negara itu mungkin perlu menerapkan semula sekatan Covid-19 jika penularan varian Delta yang cepat menular tidak dibendung, sekali gus membahayakan pelan peralihan kota itu ke arah ‘hidup bersama virus’.

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di negara itu meningkat dua kali ganda dalam seminggu terakhir, menurut Kementerian Kesihatan Singapura, naik kepada lebih dari 1,200 kes untuk minggu yang berakhir pada 5 September.

Sejak pandemik Covid-19 menular di Singapura awal tahun lalu sehingga kini negara itu mencatatkan 68,901 jangkitan dan 55 kematian, menurut data daripada Universiti Johns Hopkins.

Pada Isnin, Ketua Pasukan Khas Covid-19 Singapura, Lawrence Wong itu bukan hanya jumlah kes harian yang menjadi kebimbanga kerajaan, tetapi juga ‘tahap penyebaran virus itu’.

“Kami tahu daripada pengalaman negara lain bahawa apabila kes-kes meningkat mendadak akan ada banyak lagi kes unit rawatan rapi (ICU) dan banyak lagi orang yang akan menderita,” katanya.

Singapura secara agresif melaksanakan polisi ‘sifar Covid’ dengan memperketatkan sekatan, termasuk menutup restoran dan sempadan negara itu, selain menguatkuasakan penjarakan sosial.

Namun pada Jun, kerajaan Singapura mengumumkan rancangan untuk bergerak ke depan dengan memperkenalkan strategi ‘hidup bersama Covid’ – dalam cubaan untuk mengawal penularan dengan pemberian vaksin, serta memantau kemasukan ke hospital, daripada menyekat kehidupan warganegaranya.

Singapura adalah antara negara dengan kadar tertinggi memberi vaksin kepada penduduk, dengan lebih 80 peratus daripada populasinya telah melengkapkan suntikan.

Sepanjang Ogos lalu, Singapura mula melonggarkan sesetengah sekatan dan protokol Covid-19, membenarkan individu yang lengkap divaksin untuk makan di restoran dan berkumpul dalam kumpulan tidak lebih daripada lima orang.

Namun, penularan baharu menghalang langkah pembukaan semula beberapa sektor, kata Wong.

Menurutnya negara itu berusaha untuk mengekang penularan baharu melalui pengesanan kontak secara lebih agresif

Ujian mandatori untuk pekerja berisiko tinggi juga akan dilakukan secara lebih kerap – seminggu sekali dan bukannya dua minggu sekali. Dan senarai pekerja yang wajib menjalani ujian saringan akan diperluas merangkumi kakitangan runcit, penghantaran dan pengangkutan awam.

Mulai Rabu, Singapura juga melarang perjumpaan di tempat kerja, kata Wong sambil menasihatkan rakyat negara itu daripada mengadakan pertemuan sosial yang tidak penting.

Amaran kepada negara lain

Penularan baharu di Singapura meletus tatkala negara-negara lain di rantau ini, yang sebelumnya menyasarkan untuk menurunkan jangkitan kepada sifar kes Covid-19, merancang untuk melaksanakan model ‘hidup bersama Covid’.

Jutaan penduduk New South Wales dan Victoria di Australia kini dikenakan sekatan dan perintah penutupan sejak berbulan lalu, ketika pihak berkuasa berusaha menyekat penularan varian Delta. Namun, akhirnya negara itu mengakui langkah berkenaan tidak mungkin mencapai sasaran.

Pada Ogos lalu, Australia mengumumkan sekatan akan ditarik balik apabila 70 peratus daripada penduduk berusia 16 tahun ke atas telah melengkapkan suntikan vaksin masing-masing. Sehingga Isnin lalu, hanya 38.4 peratus daripada populasinya yang lengkap divaksin.

Namun, sesetengah pemimpin negara itu memberi amaran pembukaan semula sempadan Australia akan mendedahkan semula rakyatnya kepada virus.

Australia Barat dan Queensland sekarang ini mencatatkan sifar kes Covid-19 dalam komunitinya.

“Kami mempunyai beberapa kebebasan, kebanyakan terbuka, komuniti yang menarik di dunia, dan kami mahu mengekalkan keadaan itu sementara kami memastikan populasi kami divaksin.

“Idea bahawa kami akan menetapkan waktunya untuk mengimport virus dengan sengaja… ianya sesuatu yang gila,” kata Ketua Menteri Australia Barat, Mark McGowan.

Sebilangan ahli epidemiologi mengatakan jika sekatan dilonggarkan sebelum kadar vaksinasi masyarakat rentan cukup tinggi, hasilnya boleh menjadi bencana. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok