Varian baharu Covid-19 dijumpai lagi, lebih merbahaya

November 26, 2021 · Dunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan pihaknya sedang mengenal pasti varian baharu Covid-19 yang semakin banyak bermutasi di Afrika Selatan.

CNBC melaporkan WHO akan melakukan perjumpaan hari ini untuk membincangkan mengenai varian baharu B.1.1.529 bagi menyediakan vaksin dan rawatan yang sesuai.

Varian baharu ini memiliki lebih 32 mutasi dalam protien spike SARS-CoV-2, iaitu bahagian virus yang digunakan dalam kebanyakan vaksin untuk meningkatkan sistem imun bagi melawan jangkitan Covid-19 dan ia dua kali ganda lebih mutasi dari varian Delta.

“Kami belum mengetahui dengan lebih tepat tentang varian baharu ini. Apa yang kita tahu, varian ini mempunyai jumlah mutasi yang besar dan kebimbangannya ialah apabila ianya sudah bermutasi, ia dapat memberi impak kepada bagaimana virus itu merebak,” jelas ketua teknikal Covid-19 WHO, Dr Maria.

United Kingdom hari ini sudah menyekat penerbangan dari enam buah negara iaitu Afrika Selatan, Namibia, Lesotho, Botswana, Eswatini, dan Zimbabwe kerana varian B.1.1.529 itu sudah mula menular di negara itu dan dikhuatiri mampu menjadi varian baharu yang merbahaya berbanding Delta.

Selain itu, The Guardian melaporkan varian baharu itu mungkin lebih mudah menular dan akan menimbulkan ‘masalah besar kepada program vaksinasi yang dilaksanakan’ kerana keberkesanan vaksin sedia ada dikhuatiri tidak dapat melawan jangkitan varian baharu ini.

Kes pertama dari varian B.1.1.529 dijumpai di Botswana pada 11 November lalu dan satu lagi kes dikesan di Hong Kong melibatkan seorang lelaki berusia 36 tahun yang disahkan positif Covid-19 semasa tempoh kuarantin selepas pulang dari Afrika Selatan.

Pakar epidemiologi Amerika Syarikat, Dr Eric Feigl Ding dalam laman Twitternya memberitahu seorang lagi lelaki turut dijangkiti dari varian yang sama di Hong Kong dan kedua-dua mereka sudah lengkap divaksin dengan Pfizer.

Jelasnya, pengembara dari Afrika Selatan itu disahkan dijangkiti pada hari keempat kuarantin selepas ujian PCR keduanya, manakala seorang lagi positif pada hari kelapan kuarantin pada ujian PCR keempat.

Penemuan beban virus dalam kedua-dua kes ini adalah sangat tinggi dengan nilai Ct 18 dan 19, kerana pada awal ujian saringan PCR mereka berdua diuji negatif dan ini jelas menunjukkan ‘keberkesanan vaksin boleh diuji dengan varian ini’.

Ketua Penyakit Pernafasan di Institut Penyakit Berjangkit Kebangsaan di Afrika Selatan, Prof Anne Von Gottberg memaklumkan terdapat 100 kes dijumpai di Afrika Selatan dari varian B.1.1.529 dan menunjukkan lonjakan mendadak dari 10 kes pada Rabu lalu kerana penularan komuniti.

Para saintis Afrika Selatan mengaitkan lonjakan kes Covid-19 di wilayah Gauteng, menyumbang hampir 90 peratus kes dalam tempoh beberapa minggu lalu dan Rabu lalu, 1,200 kes dilaporkan di wilayah itu, menunjukkan peningkatan daripada 106 kes pada awal November.

Menurut akhbar UK, saintis kanan semalam menyifatkan varian baharu B.1.1.529 sebagai varian paling merbahaya yang pernah dijumpai sejak bermulanya pandemik Covid-19 dengan kadar mutasi ‘sangat luar biasa’ sehingga dapat membantu virus melawan tindak balas imun badan dan lebih mudah menular.

Sementara itu, Ahli virologi College London, Dr Tom Peacock memuat naik dalam laman Twitternya, mengingatkan bahawa varian baharu dari B.1.1.529 perlu dipantau kerana ‘kuasa mutasinya sangat merbahaya’.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok