
Belanda menghentikan penggunaan vaksin AstraZeneca bagi penerima berumur di bawah 60 tahun, dengan alasan berlaku pembekuan darah luar biasa ke atas penerimanya.
Seorang Menteri Kerajaan United Kingdom (UK) memberi jaminan vaksin AstraZeneca ‘selamat’ digunakan walaupun ujian penggunaan vaksin Covid-19 tersebut ke atas kanak-kanak ditangguhkan semalam bagi memberi ruang siasatan berhubung dakwaan berlaku pembekuan darah dikalangan orang dewasa yang mengambil vaksin tersebut.
Universiti Oxford mengatakan tidak isu keselamatan yang timbul daripada ujian yang dijalankan terhadap kanak-kanak seperti didakwa.
Bagaimanapun, saintis sedang menunggu lebih banyak maklumat dari Badan Pengawalseliaan Produk Ubat dan Kesihatan (MHRA) sebelum meneruskan vaksinasi.
Menteri Perniagaan Kecil Paul Scully dipetik berkata dalam Sky News:
“Vaksin AstraZeneca selamat, ia sudah menyelamatkan ribuan nyawa.
“Berjuta-juta orang di UK dan seluruh dunia diselamatkan. Oleh itu, mesej saya jelas jika anda dipelawa mengambil vaksinasi sila ambil, kerana itu adalah jalan keluar dari wabak ini, itulah cara untuk menyelamatkan nyawa … tetapi juga memulihkan ekonomi kita dan dapat kembali ke kehidupan normal.”
Penilaian kini sedang dijalankan ke atas vaksin tersebut yang dikatakan menjadi punca kepada pembekuan darah di otak manusia.