UK tangguh edar dua buku sekolah memihak Israel

April 3, 2021 · Dunia

Pengedaran dua buku teks sekolah di United Kingdom (UK) berkaitan konflik Israel, Palestin ditangguhkan selepas laporan mendedahkan kandungannya berbahaya dan mengelirukan.

Buku ‘Konflik di Timur Tengah’ dan Timur Tengah: Konflik, Krisis dan Perubahan’, disemak semula dan perubahan telah dilakukan tahun lalu, selepas penerbit menerima aduan daripada kumpulan Yahudi di UK.

Namun, siasatan oleh dua ahli akademik Britain, Prof John Chalcraft dan Prof James Dickins, mendapati perubahan yang dilakukan adalah keterlaluan, mengikut naratif rejim Israel, dan membuang atau menggantikan maklumat yang menyokong Palestin.

Kedua-duanya juga mendapati rata-rata tiga perubahan dilakukan bagi setiap muka surat, di mana insiden kekacauan yang dicetuskan oleh Arab atau Palestin dimasukkan secara sistematik dan meluas.

“Sementara kejadian keganasan dilakukan Israel tidak diperbesar-besarkan atau dihapuskan sama sekali dari buku itu,” kata kedua-duanya dalam kenyataan.

Buku asal mengandungi 10 contoh tindakan ganas Yahudi Israel, berbanding 32 yang merujuk kepada keganasan warga Palestin. Namun, versi yang disemak semula mempunyai hanya empat membabitkan keganasan Israel, berbanding 61 dilakukan rakyat Palestin.

Charlcraft berkata, kesan keseluruhan daripada perubahan itu menjadikan buku berkenaan berbahaya dan mengelirukan.

Penerbit buku itu, Pearson dalam satu kenyataan berkata, prinsip utama pihak mereka adalah menyokong pengajaran mengenai tempoh waktu penting sejarah Timur Tengah secara adil, neutral dan seimbang.

“Kami mengalu-alukan maklum balas tetapi kami mempunyai proses yang terbaik untuk menyemak sebarang maklum balas. Kami telah melakukan semakan tahun lalu dan kekal dengan perubahan itu.

“Namun, kami sekarang membuat keputusan menggantung pengedarannya sementara perbincangan lanjut dengan pemegang saham sedang dilakukan,” kata kenyataan itu. – Agensi

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok