UK gagal tangani peringkat awal pandemik Covid-19: Laporan

October 12, 2021 · Dunia

Tindak balas awal United Kingdom (UK) terhadap Covid-19 menunjukkan satu kegagalan sehingga menyebabkan pandemik itu menjadi jauh lebih buruk dari segi kadar kematian berbanding kebanyakan negara lain, lapor jawatankuasa Parlimen peringkat parti negara itu hari ini.

Pendekatan kekebalan dalam imuniti kelompok yang turut disokong saintis pada awal krisis kesihatan paling buruk di UK, membawa kepada kelewatan melaksanakan sekatan dan penutupan (lockdown), sekali gus mengorbankan banyak nyawa di negara itu.

Namun, program vaksinasi di UK adalah yang terbaik di Eropah, walaupun jumlah kematian akibat Covid-19 melebihi 150,000 penduduk, lapor Jawatankuasa Kesihatan dan Kebajikan Sosial.

“Ia adalah satu usaha paling efektif dalam sejarah UK,” kata laporan itu.

Pengerusi bersama jawatankuasa itu, Jeremy Hunt dan Greg Clark, kedua-duanya Ahli Parlimen Konservatif berkata adalah mustahil untuk menjadikan semuanya tepat kerana keadaan semula jadi pandemik itu.

“UK menggabungkan sesetengah kesilapan besar dengan sesetengah kejayaan. Penting untuk menjadikan kedua-duanya sebagai pengajaran,” kata mereka.

Kerajaan UK – England, Scotland, Wales dan Ireland Utara – mengisytiharkan ‘lockdown’ pertama pada 23 Mac 2020, jauh lebih lewat daripada beberapa negara Eropah yang lain, melewatkan negara itu daripada sasaran imuniti kelompok.

Bagaimanapun, peningkatan jumlah kematian akibat jangkitan virus itu memaksa negara berkenaan melaksanakan ‘lockdown’.

Laporan berkenaan mengatakan pendekatan itu adalah berdasarkan kepada usaha menangani pandemik selesema, dan nasihat daripada saintis kesihatan kerajaan. Pendekatan yang dilakukan adalah secara bertahap melibatkan penjarakan sosial, pengasingan dan ‘lockdown’.

Jawatankuasa berkenaan juga mengatakan langkah itu dibuat secara tergesa-gesa dan kini menunjukkan bahawa ianya adalah polisi yang salah sehingga menyebabkan jumlah kematian yang tinggi.

Laporan itu mengatakan ribuan warga emas maut di rumah perlindungan ketika gelombang pertama dan ianya menunjukkan kebajikan sosial tidak diberi keutamaan ketika peringkat awal pandemik.

Polisi untuk tidak melakukan ujian saringan terhadap individu yang pulang dari hospital ke rumah perlindungan warga emas adalah satu kegagalan yang menyebabkan banyak kematian, kata laporan itu. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok