Trump mengaku tak bersalah atas 37 pertuduhan

June 14, 2023 · Dunia

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengaku tidak bersalah pada Selasa atas 37 pertuduhan yang difailkan oleh pendakwa raya persekutuan berkaitan dakwaan beliau menyimpan dokumen sulit kerajaan selepas penggal pentadbirannya berakhir.

Trump membuat pengakuan itu seperti yang dijangka semasa perbicaraannya di mahkamah persekutuan di Miami, Florida, menurut beberapa laporan.

Beliau dijadual menyampaikan ucapan umum pada malam Selasa dari kelab golfnya di Bedminster, New Jersey, menurut Agensi Anadolu.

Trump dilihat duduk sambil menyilangkan tangannya sepanjang perbicaraan dan tidak bercakap melainkan berbisik kepada Todd Blanche, seorang peguam yang mewakilinya, menurut akhbar The Washington Post.

Hakim Daerah AS Jonathan Goodman memaklumkan Trump bahawa beliau akan mengarahkan bekas presiden agar tidak berinteraksi dengan mana-mana saksi kes atau defendan bersamanya Walt Nauta.

Dalam pada itu, kekecohan tercetus semasa Trump meninggalkan kamar mahkamah, dengan penunjuk perasaan — kedua-duanya penyokong dan penentang — bergegas ke hadapan konvoi bekas presiden itu.

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump didakwa atas 34 pertuduhan memalsukan rekod perniagaan, kata peguam daerah Manhattan pada petang Selasa, lapor Xinhua.

Trump dihadapkan di Mahkamah Jenayah Manhattan di New York City dan

Beliau menjadi bekas presiden pertama AS yang didakwa dengan kesalahan jenayah selepas beliau didakwa di sebuah mahkamah Florida minggu lalu. Beliau berdepan pertuduhan di negeri berasingan berkaitan urusan perniagaannya di New York.

Sebanyak 37 pertuduhan dihadapi Trump itu termasuk 31 pertuduhan sengaja menyimpan maklumat pertahanan negara, kebanyakannya berhubung kait dengan dokumen yang dirampas FBI semasa mengeledah kediaman di estet Mar-a-Lago miliknya pada 8 Ogos tahun lalu.

Sejumlah 11 lagi pertuduhan berkaitan dengan dokumen yang diserahkan kepada penyiasat FBI oleh peguam Trump pada Jun.

Sementara itu, Trump mengulangi dakwaan bahawa pertuduhan ke atasnya bermotifkan politik bagi menjejaskan reputasi beliau. – Bernama

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Perbicaraan dana 1MDB: Tiga pertuduhan dihadapi Najib dibenarkan pindaan
November 6, 2023· Isu semasa
Pembebasan Zahid, DAP hanya minta Peguam Negara beri penjelasan: Loke
September 5, 2023· Politik
Kes Muhyiddin digugurkan, pendakwa gagal nyatakan butiran kesalahan dilakukan
August 15, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok