Thailand sedia perketat ‘lockdown’ ketika kes Covid-19 melonjak

July 16, 2021 · Dunia

Walaupun melaksanakan langkah kawalan yang ketat, termasuk perintah berkurung di 10 wilayah khususnya yang bersempadan dengan Bangkok, jangkitan baharu dan kematian akibat Covid-19 di Thailand terus melonjak setiap hari.

Dalam tempoh 24 jam lalu negara itu melaporkan gelombang baharu Covid-19 menjangkiti 9,692 individu, manakala 67 meninggal dunia, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 381,907 kes positif dan 3,099 kematian.

Susulan itu, kerajaan Thailand sedang mempertimbangkan untuk memperketatkan lagi sekatan dan kawalan sedia ada untuk mengekang penularan pandemik Covid-19, terutama varian yang pantas merebak – varian Delta yang pertama kali dikesan di India.

Sejak Isnin lalu, kerajaan negara itu meletakkan 10 wilayahnya termasuk bangkok di bawah perintah sekatan paling ketat pernah dilakukan bagi krisis kesihatan, dengan membatasi pergerakan rakyatnya, menghalang perhimpunan, menutup pusat beli-belah dan premis perniagaan, selain mengenakan perintah berkurung mulai jam 9 malah hingga 4 pagi.

Namun, semua itu belum mencukupi untuk Thailand melawan dan mengekang penularan wabak Covid-19, terutama varian Delta yang paling pantas dan mudah menjangkiti individu yang tidak mematuhi protokol kesihatan.

“Setelah menilai langkah-langkah tersebut kami dapati ia masih ada masalah. Kami mungkin menutup lebih banyak tempat dan memperhebat langkah-langkah sekatan,” kata Apisamai Srirangsan, jurucakap pasukan petugas Covid-19 Thailand.

Kerajaan Thailand juga merancang meningkatkan ujian saringan Covid-19 yang kini meliputi 70,000 hingga 80,000 sehari dengan memperkenalkan kit ujian yang boleh dibeli di farmasi.

Kementerian Kesihatan Thailand minggu ini juga memberi kebenaran kepada pesakit untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah bagi mereka yang bergejala ringan. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok