Thailand perkenal peraturan baharu Covid selepas China buka sempadan

January 9, 2023 · Dunia

Rakyat Malaysia yang bercadang melancong atau menonton perlawanan separuh akhir kedua Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Thammasat, Rangsit, Pathum Thani, dekat Bangkok, esok (Selasa, 10 Januari 2023), perlu menjalani peraturan baharu Covid-19 dilaksanakan Thailand.

Ia susulan langkah pihak berkuasa negara itu yang mewajibkan semua pengembara antarabangsa menunjukkan bukti mereka telah diberi vaksin Covid-19 sepenuhnya sebelum terbang ke Thailand.

Menurut pengawal selia penerbangan negara itu, langkah berkenaan dibuat tatkala Thailand bersiap sedia menerima lebih ramai pelancong selepas China membuka semula sempadannya pada Ahad (8 Januari 2023).

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) berkata dalam satu kenyataan pada Sabtu bahawa bermula awal Isnin, semua ketibaan asing mesti membuktikan mereka telah divaksin atau memberikan surat yang mengesahkan bahawa mereka telah pulih daripada Covid-19 dalam tempoh enam bulan.

Pengembara yang tidak divaksin mesti menunjukkan sijil perubatan yang menjelaskan sebab mereka tidak menerima vaksin.

CAAT berkata syarikat penerbangan akan bertanggungjawab menyemak dokumen.

Langkah baharu itu akan kekal berkuat kuasa sekurang-kurangnya sehingga akhir Januari, kata CAAT.

Keperluan vaksinasi telah dibatalkan oleh Thailand pada Oktober lalu, tetapi telah dilaksanakan semula apabila China membuka sempadannya berikutan kelonggaran dasar sifar Covid.

Penerbangan komersial pertama dari China ke Thailand, penerbangan Xiamen Airlines MF833, akan tiba ke Bangkok dari Xiamen pada Isnin dengan membawa 286 penumpang, kata jurucakap kerajaan Traisuree Taisaranakul pada Ahad.

Warga asing yang melancong ke Thailand dari negara di mana keputusan ujian tindak balas rantai polimerase (RT-PCR) adalah diperlukan sebagai syarat kemasukan bagi menunjukkan bukti insurans kesihatan yang melindungi rawatan Covid-19, kata Kementerian Kesihatan Thailand.

Syarat kemasukan baharu tidak terpakai kepada pemegang pasport Thailand atau penumpang yang transit melalui Thailand.

Sebelum ini, Amerika Syarikat, Kanada, Jepun dan Perancis adalah antara negara yang telah mengenakan peraturan baharu yang mewajibkan pelancong dari China memberikan ujian Covid negatif apabila kebimbangan semakin meningkat terhadap lonjakan kes di China. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok