Thailand buka sektor pelancongan Bangkok, empat wilayah 1 Oktober

September 15, 2021 · Dunia

Kerajaan Thailand mengumumkan pembukaan semula pusat pelancongan di Bangkok, Chon Buri, Phetchaburi, Prachuap Khiri Khan dan Chiang Mai bermula 1 Oktober ini seperti yang telah dirancang.

Menteri Pelancongan dan Sukan, Phiphat Ratchakitprakarn berkata 21 wilayah lain akan turut dibuka pada 15 Oktober ini walaupun penularan Covid-19 masih berlaku, dan jangkitan juga kekal tinggi.

Phiphat mengakui bahawa angka jangkitan baharu Covid-19 dapat memberi cabaran yang besar kepada rancangan tersebut, tetapi beliau memaklumkan bahawa pihak kementerian telah melakukan persediaan sepenuhnya untuk pembukaan itu.

Menjawab pertanyaan mengenai 200 kes baharu yang dilaporkan setiap hari di Phuket, Phiphat menjelaskan peningkatan angka itu berpunca daripada kes aktif yang dikesan dalam komuniti, melibatkan pekerja migran.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul pula menegaskan kerajaan telah melakukan persediaan rapi untuk membuka semula pusat pelancongan itu.

Pada 1 Oktober, wilayah Phetchaburi akan dibuka semula dengan perlaksanaan kawalan Covid-19 yang ketat untuk mengurangkan jangkitan baharu, kata Wakil Gabenor wilayah, Natthawut Phetpromsorn.

“Protokol kawalan penyakit yang ketat tetap akan dilaksanakan untuk menghalang jangkitan secara kelompok.

“Semua sektor telah bersiap sedia untuk pembukaan itu, dan pelancong yang datang ke Thailand tidak perlu khuatir tentang jangkitan Covid-19 kerana kebanyakkan destinasi popular seperti daerah Cha-am adalah selamat dan bebas daripada virus itu.

“Pelancong dapat menikmati percutian mereka dengan tenang di wilayah itu,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Pejabat Kesihatan Awam Phetchaburi, Phetchakit Thaensawat memaklumkan bahawa terdapat 54 peratus kumpulan yang disasarkan di wilayah itu telah menerima vaksin.

“Mereka terdiri daripada orang awam yang berusia 60 tahun ke atas, wanita hamil dan mereka yang mempunyai tujuh kriteria daripada kategori yang ditetapkan kerajaan.

“Jumlah vaksinasi di negara ini akan mencapai tahap 70 peratus sekiranya lebih banyak bekalan vaksin diperoleh,” katanya.

Dalam tempoh 24 jam semalam, Thailand merekodkan 11,786 jangkitan baharu dan 136 kematian, menjadikan keseluruhannya hampir 1.4 juta kes positif fan 14,621 kematian. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok