Sydney longgar lebih banyak sekatan Covid-19

November 7, 2021 · Dunia

Sydney, bandar terbesar di Australia, akan melonggarkan lebih banyak sekatan Covid-19 bermula esok, selepas hampir sebulan arahan perintah berkurung ditarik balik.

Keputusan itu dilaksanakan selepas lebih 90 peratus populasi di bandar raya itu sudah divaksin sepenuhnya.

Walaupun kelonggaran sekatan itu tertumpu kepada penduduk yang sudah lengkap divaksin, namun perhimpunan luar dan kenaikan jumlah tetamu ke rumah turut dibenarkan.

Ketua Menteri New South Wales, Dominic Perrottet memaklumkan pelbagai cara dilaksanakan untuk ‘membebaskan negara ini daripada cengkaman Covid-19’.

Sementara itu, ratusan penduduk di bandar itu turut mengadakan demonstrasi antivaksin hari ini, akan tetapi tindakan itu tidak akan menggugat kerajaan untuk terus menggalakkan rakyat di Australia untuk melengkapkan suntikan vaksinasi mereka.

Wilayah Victoria hari ini merekodkan lebih 1,417 kes baharu dengan 10 kematian akibat jangkitan Covid-19.

Manakala di wilayah utara Australia pula tiada kes baharu direkodkan setelah dilaksanakan perintah berkurung yang disambung sehingga 8 November ini bagi mencegah penularan Covid-19.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok