Suntikan ketiga antara syarat umrah

July 27, 2021 · Dunia

Umat Islam yang berhasrat menunaikan umrah dan telah divaksin dengan dua dos suntikan sama ada Sinovac atau Sinopharm diwajibkan mengambil dos ketiga vaksin yang diluluskan sebelum dibenar memasuki Arab Saudi.

Selain itu, bakal jemaah umrah dari sembilan negara juga diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari di negara ketiga yang sekali gus akan membabitkan kos berlipat kali ganda.

Negara berkenaan ialah Indonesia, India, Pakistan, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan dan Lubnan.

Prasyarat itu terkandung dalam peraturan baharu yang dikemas kini dan dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi.

Menurut peraturan itu, mereka yang telah menerima dua dos vaksin buatan China – Sinopharm dan Sinovac – perlu mengambil dos ketiga yang diluluskan sama ada Pfizer, AstraZeneca, Johnson & Johnson atau Moderna.

Peraturan lain termasuk menjalani ujian PCR dalam tempoh 72 jam sebelum tiba di Arab Saudi.

Langkah baharu itu muncul di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat bahawa vaksin Covid-19 yang digunakan di banyak negara membangun tidak mampu menghalang varian Delta, sekali gus mendorong beberapa negara untuk memberi suntikan ketiga kepada penduduk bagi meningkatkan imuniti.

Menurut laporan, pihak berkuasa kesihatan termasuk Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain telah menawarkan suntikan ketiga kepada rakyatnya yang menerima dos pertama dan kedua vaksin Sinovac dan Sinopharm.

Sehubungan itu, Pejabat Konsul Jeneral Indonesia di Jeddah (KJRI Jeddah) menasihatkan umat Islam Indonesia menangguhkan perjalanan ibadah umrah bagi memastikan usaha menangani pandemik Covid-19 berjalan lancar.

“Buat masa ini, yang terbaik adalah menangguhkannya sehingga wabak Covid-19 di Indonesia dapat ditangani dengan baik,” kata Konsul Besar Indonesia di Jeddah, Eko Hartono dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi mengumumkan membuka semula ibadah umrah kepada seluruh dunia mulai 10 Ogos ini susulan kejayaan mengendalikan urusan ibadah Haji musim lalu, tetapi dengan beberapa syarat tertentu bagi mengawal penularan wabak Covid-19.

Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci – Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah – Sheikh Abdul Rahman As-Sudais sudah mengarahkan semua anggota pentadbiran dan agensi lain untuk menyelesaikan persiapan menyambut jemaah umrah negara lain Ogos ini.

Ibadah umrah bagi rakyat Arab Saudi dan warga asing yang tinggal di negara itu mula dibuka kelmarin, dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), termasuk penjarakan fizikal, bagi membendung penularan Covid-19.

Eko berpendapat jemaah umrah Indonesia mungkin boleh menjalani kuarantin di negara ketiga tetapi prosesnya akan memakan waktu lebih lama dan kosnya juga akan lebih tinggi.

“Selain itu, sesetengah individu mungkin tidak selesa melakukan ibadah susulan sekatan pergerakan dan protokol kesihatan yang dikenakan,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok