Subvarian baharu Omicron merebak cepat di Amerika Syarikat

April 27, 2023 · Dunia

Subvarian Omicron baharu kini merebak di Amerika Syarikat (AS) dan telah mencetuskan kebimbangan mengenai penularannya yang tinggi selain gejala baharunya.

Subvarian XBB.1.16 yang dirujuk sebagai “arcturus”, bertanggungjawab untuk 9.6 peratus kes Covid-19 semasa di negara ini, meningkat daripada 5.7 peratus minggu sebelumnya, menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, lapor Xinhua.

Subvarian Omicron XBB.1.5 kekal sebagai strain dominan di AS dan menyumbang 73.6 peratus daripada kes baharu Covid-19.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menaikkan XBB.1.16 sebagai varian baharu yang perlu diberikan perhatian.

Strain baharu itu mula dikesan pada Januari dan sejak itu telah ditemukan di lebih 30 negara. WHO sedang memantau XBB.1.16, yang menyumbang kepada lonjakan kes Covid-19 baru-baru ini di India.

Pakar memberi amaran bahawa peratusan XBB.1.16 dijangka meningkat di AS dalam beberapa minggu akan datang, yang berkemungkinan menjadi jenis koronavirus dominan seterusnya di negara itu.

XBB.1.16 mempunyai mutasi yang menjadikannya lebih mudah menular, lebih mudah dijangkiti, dengan peningkatan dikesan dalam kalangan kanak-kanak, menurut Neha Narula dari Stanford Health Care.

“Kita masih mengesan sakit tekak, batuk, demam, dengan mengesan simptom baharu yang menyaksikan lebih ramai pesakit kanak-kanak dan dewasa mengalami konjunktivitis atau lebih dikenali sebagai – mata merah jambu,” kata Narula kepada CBS.

Berita berkaitan
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024· Isu semasa
Ringgit menyusut, menghampiri paras RM4.70 berbanding dolar
September 20, 2023· Isu semasa
Ringgit kembali susut kepada 4.6630 : laporan
July 6, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah lagi, paras RM4.60
May 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok