Skandal rasuah Covid-19: Bekas menteri Indonesia dipenjara 12 tahun

August 23, 2021 · Dunia

Bekas Menteri Hal Ehwal Sosial Indonesia, Juliari Batubara hari ini, dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun setelah didapati bersalah terbabit dalam skandal rasuah berkaitan Covid-19 membabitkan berbilion-bilion rupiah.

Mahkamah Rasuah Jakarta dengan yakin mendapati bekas ahli politik itu bersalah melakukan rasuah selepas menerima 32.4 bilion rupiah sebagai balasan berkaitan dengan perolehan barang untuk pakej bantuan sosial Covid-19.

Mahkamah yang mendapati dia turut campur tangan dalam proses tender bekalan itu, turut mengenakan denda 500 juta rupiah, selain memerintahkannya membayar kembali 14.5 bilion rupiah yang diselewengkan untuk perbelanjaan peribadi.

Dalam keputusan itu hakim mengatakan Juliari juga akan dilarang memegang jawatan awam selama empat tahun setelah menjalani hukuman penjara.

Juliari menafikan terbabit dalam salah laku itu. Peguamnya Maqdir Ismail menyifatkan hukuman itu, satu tahun lebih lama daripada yang diminta oleh penyiasat, sebagai terlalu keras dan mengatakan mereka sedang mempertimbangkan untuk membuat rayuan.

Suruhanjaya Antirasuah Indonesia (KPK) menamakan Juliari sebagai suspek bersama empat lagi tertuduh pada Disember tahun lalu.

Ketika itu, KPK menemukan lebih AS$1 juta wang tunai disimpan di dalam beberapa bekas, sehari sebelum bekas menteri itu menyerah diri. – Agensi

Pegawai Suruhanjaya Antirasuah Indonesia menunjukkan wang tunai yang dirampas dalam kes bekas Menteri Sosial Indonesia, Juliari Batubara, yang dihukum penjara 12 tahun hari ini. – Gambar AFP

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok