Setiap saat dua penduduk Perancis positif Covid-19, kata menteri

December 30, 2021 · Dunia

Perancis mencatat rekod baharu jangkitan positif Covid-19 apabila sebanyak 208,000 kes dilaporkan pada Rabu – jumlah kes harian tertinggi dalam rekod Eropah – umum Kementerian Kesihatan negara itu.

Negara itu merekodkan kumulatif kes positif sebanyak 9,534,357, dengan 5,162,757 pesakit telah pulih, dan 123,372 kes kematian, manakala 4,248,228 kes lagi masih aktif.

“Kami tidak pernah mengalami situasi sedemikian … setiap saat, dua penduduk Perancis disahkan positif,” kata Menteri Kesihatan Olivier Veran kepada Suruhanjaya Undang-undang Perhimpunan Kebangsaan.

Pada minggu lepas, kes harian telah meningkat daripada 84,000 pada 22 Disember kepada 208,000 pada 29 Disember, katanya.

Peningkatan berterusan kes di Perancis berlaku disebabkan penularan varian Delta yang disusuli varian baharu, Omicron, yang lebih pantas sehingga mencetuskan gelombang pasang surut Covid-19.

Beliau berkata situasi di hospital masih membimbangkan dan majoriti pesakit Covid-19 tidak diberi vaksin.

Di Paris, dianggarkan 70 peratus pesakit di unit rawatan rapi (ICU) tidak diberi vaksin, katanya.

Veran mempertahankan keperluan mengenakan sekatan ke atas mereka yang tidak divaksinasi kerana individu berkenaan sangat terdedah kepada risiko jangkitan.

Perancis bakal melaksanakan ‘pas vaksin’ mulai 15 Januari depan, dan tidak lagi menerima ujian PCR negatif sebagai syarat menggunakan beberapa kemudahan tertentu.

Mulai tempoh itu individu berusia 12 tahun ke atas perlu menunjukkan bukti telah divaksinasi untuk masuk ke premis awam, termasuk restoran dan pengangkutan awam jarak jauh atau perpustakaan.

Sementara itu, Britain melaporkan 183,037 jangkitan baharu Covid-19 pada Rabu, sekali gus mencatat rekod baharu kes harian.

Peningkatan itu menjadikan jumlah jangkitan sejak pandemik bermula kepada lebih 12.5 juta kes, manakala kematian meningkat kepada 148,089 dengan 57 lagi kematian semalam.

Terdahulu, Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) mengumumkan bahawa lebih 90 peratus kes komuniti di England kini dijangkiti varian Omicron.

Hampir 90 peratus rakyat Britain berusiam 12 tahun dan ke atas menerima sekurang-kurangnya satu dos, 82.3 peratus dos kedua, dan 57.5 peratus menerima dos penggalak. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok