Sekutu rejim Israel, Amerika sekat PBB keluar kenyataan isu Palestin

May 13, 2021 · Dunia

Sekutu rapat rejim Zionis Israel, Amerika Syarikat (AS), hari ini menyekat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan terbaharu di Semenanjung Gaza yang menggesa supaya pertempuran ditamatkan segera.

Kenyataan yang disekat itu dibuat menyusuli taklimat utusan khas PBB mengenai perdamaian Palestin dan Israel, yang melahirkan kebimbangan situasi di Semenanjung Gaza.

Kenyataan itu menyatakan keprihatinan mendalam berhubung situasi terbaru di Gaza, Baitulmaqdis Timur serta kawasan sekitarnya dan meminta permusuhan dihentikan segera.

“Anggota Majlis Keselamatan PBB mendesak pemberhentian segera semua tindakan keganasan, provokasi, hasutan dan kehancuran. Mereka menggesa supaya undang-undang antarabangsa dipatuhi, termasuk hak asasi manusia dan perlindungan awam,” kata kenyataan itu.

Diplomat yang memberitahu agensi berita berkata, AS bagaimanapun menyekat kenyataan itu daripada diterbitkan dengan alasan ia tidak membantu meredakan ketegangan, sambil mengatakan AS tidak menangani keganasan dengan mengeluarkan kenyataan media.

Sekurang-kurangannya 65 rakyat Palestin, termasuk 16 kanak-kanak dan wanita terbunuh, manakala 365 lagi cedera dalam serangan berterusan pesawat rejim Israel, sejak dua hari lalu ke atas Semenanjung Gaza – wilayah yang ditadbir Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Enam penduduk Israel, termasuk dua anggota tenteranya turut terbunuh, manakala 45 lagi cedera dalam serangan roket pejuang Palestin.

Ketegangan memuncak sejak minggu lalu apabila mahkamah Israel memerintahkan pengusiran 40 keluarga rakyat Palestin dari tanah dan rumah mereka di penempatan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur, untuk membolehkan rejim Israel membina penempatan Yahudi. – Agensi

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok