Sayap tentera Hamas bedil Israel

May 10, 2021 · Dunia

Sehari selepas Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) memberi amaran akan bertindak balas terhadap kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Palestin yang beribadat di Masjid Al-Aqsa, sayap tenteranya – Briged Izzuddin Al-Qassam (Al-Qassam) – membedil penempatan diduduki warga Israel.

Media Israel melaporkan siren amaran dibunyikan di tanah diduduki secara haram, Askalan dan sekitar Semenanjung Gaza, malam tadi, diikuti dengan letupan kuat.

Laman web Israel, Wallah, melaporkan askar rejim Zionis mengesan dua serangan peluru berpandu di Askalan, tetapi tidak menyatakan butiran lanjut.

Semalam, Hamas memberi amaran kepada rejim Israel mereka akan bertindak balas terhadap kekejaman yang dilakukan terhadap penduduk Palestin yang beribadat di Masjid Al-Aqsa dan perkampungan Sheikh Jarrah di Tebing Barat.

Panglima Tertinggi Al-Qassam Muhammad Deif berkata, pergerakan itu akan membantu dan melindungi Baitulmaqdis dan tidak akan berdiam diri.

Pesawat rejim Zionis Israel mengebom pos pemantauan Hamas di tengah Semenanjung Gaza, malam tadi.

Bagaimanapun, sejurus serangan roket ke arah penempatan haram Yahudi itu, rejim Zionis Israel mengerahkan pesawat tempurnya mengebom Semenanjung Gaza, malam tadi.

Serangan itu menyasarkan pos pemantauan Al-Qassam di tengah Semenanjung Gaza.

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Semenanjung Gaza tidak menyatakan sama ada serangan rejim Israel itu menyebabkan kematian kepada pihak Hamas, atau penduduk di semenanjung yang terkepung itu.

Askar rejim Israel berkata mereka bertindak balas terhadap serangan dilakukan kumpulan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza. – Agensi

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023
Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok