Saudi mahu tambah pengeluaran minyaak sehingga 13 juta tong sehari

July 17, 2022 · Dunia

Putera Mahkota Arab Saudi, Al Malik Mohamed bin Salman pada Sabtu berkata, negara itu akan meningkatkan pengeluaran minyak mentah sehingga 13 juta tong sehari.

Ketika berucap pada Sidang Kemuncak Arab Saudi-Amerika Syarikat (AS) di Jeddah, beliau berkata negara itu ketika ini mengeluarkan kira-kira 11 juta tong sehari, lapor Agensi Anadolu, menurut Bernama.

“Kami mempunyai keupayaan untuk meningkatkan pengeluaran sehingga 12 juta tong sehari dan dengan adanya pelaburan, pengeluaran dapat ditingkatkan sehingga 13 juta tong sehari dan selepas itu, negara itu tidak lagi mempunyai keupayaan meningkatkan pengeluaran,” katanya.

Putera Mahkota itu menggesa semua pihak bersatu dalam menyokong ekonomi global.

“Beralih kepada polisi tidak realistik bagi mengurangkan pencemaran asap menerusi langkah menyingkirkan sumber utama tenaga, akan mendorong ke arah inflasi buruk pada tahun-tahun akan datang serta menyebabkan kenaikan harga tenaga, meningkatkan pengangguran serta memburukkan masalah sosial dan keselamatan,” katanya.

Harga minyak global tidak menentu ketika kuasa Barat berusaha untuk tidak lagi mendapatkan bekalan daripada sumber tenaga Rusia ekoran dakwaan Moscow melancarkan perang di Ukraine.

Sidang Kemuncak itu dihadiri Presiden AS Joe Biden bersama beberapa pemimpin negara Majlis Kerjasama Teluk dari Mesir, Iraq dan Jordan.

Berita berkaitan
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Tular kenyataan palsu, PAS kata lawan ketandusan idea
August 1, 2023· Politik
Agong zahir penghargaan Malaysia semasa bertemu Putera Arab Saudi
July 2, 2023· Isu semasa
Hukuman berat ke atas jemaah haji tanpa permit: Arab Saudi
June 14, 2023· Dunia
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok