Russia rekod kes tertinggi baharu 33,740 jangkitan, 1,015 kematian

October 19, 2021 · Dunia

Jumlah jangkitan di Russia melonjak ke paras tertinggi harian hari ini apabila 1,015 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam, menjadikan keseluruhannya 225,325 kematian direkodkan sejak awal tahun lalu.

Dalam tempoh sama, jumlah jangkitan harian baharu di negara itu mencecah 33,740 hari ini, menjadikan keseluruhannya 8.06 juta kes positif, sementara 7.04 juta lagi telah sembuh, lapor pasukan petugas khas Covid-19 Russia hari ini.

Memberitahu stesen televisyen Rossiya 24, Timbalan Perdana Menteri Russia, Tatyana Golikova berkata, jumlah kematian meningkat di negara itu sejak beberapa bulan kebelakangan.

Beliau menegaskan vaksinasi tetap menjadi senjata utama dalam menangani penularan wabak Covid-19.

Pihak berkuasa Russia mengaitkan peningkatan jumlah jangkitan harian di negara itu berpunca daripada program imunisasi yang rendah dalam kalangan penduduknya.

Sehingga kini, Russia melaporkan hanya 43 juta atau 30.71 peratus daripada lebih 146 juta populasinya telah lengkap divaksin, kurang separuh daripada sasaran mencapai imuniti kelompok.

Punca lain termasuk keadaan cuaca yang sejuk disusuli dengan demam selesema.

Sejak Disember 2019, pandemik Covid-19 meragut nyawa 4.9 juta penduduk dari 192 negara di seluruh dunia, dengan lebih 241.1 juta kes positif dilaporkan, menurut datan Universiti Johns Hopkins. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok