Russia rekod kes positif, kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam

November 4, 2021 · Dunia

Russia mencatat rekod kematian harian tertinggi akibat Covid-19 semalam apabila dalam tempoh 24 jam seramai 1,189 pesakit meninggal dunia, menjadikan kumulatif sejak tahun lalu kepada 242,060 kes kematian.

Dalam tempoh sama, jangkitan harian turut meningkat kepada 40,443 kes semalam, menjadikan keseluruhannya negara itu merekodkan lebih 8.63 juta kes positif, dengan 946,145 kes aktif, lapor pasukan khas kecemasan Covid-19 Russia hari ini.

Dalam tempoh 24 jam lalu, 32,807 pesakit Covid-19 disahkan sembuh, sekali gus melonjakkan kes pulih kepada lebih 7.44 juta pesakit.

Majoriti pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19 itu tidak menerima suntikan vaksin, kata pihak berkuasa kesihatan Russia yang menyalahkan orang ramai kerana tidak mengambil suntikan dalam masa yang ditetapkan.

Walaupun usaha imunisasi dipertingkatkan, kadar vaksinasi di Russia masih rendah dengan hanya 32.64 peratus daripada populasinya disuntik vaksin Covid-19

Sementara itu, satu lagi vaksin buatan Russia – Sputnik Light – diterbitkan dalam jurnal perubatan Lancet, menyatakan keberkesanan, keselamatan dan tidak ada kesan serius yang dilaporkan. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok