Russia bom depoh senjata, bukan pusat beli-belah, kata Moscow

June 28, 2022 · Dunia

Kementerian Pertahanan Russia hari ini berkata tenteranya menembak peluru berpandu ke arah depoh senjata milik Ukraine di bandar Kremenchuk, dengan letupan peluru seterusnya mencetuskan kebakaran di pusat beli-belah berhampiran.

Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh pada Isnin (27 Jun) dalam apa yang dikatakan oleh Kyiv sebagai serangan peluru berpandu Russia terhadap pusat beli-belah yang sibuk di Kremenchuk, sementara kumpulan negara-negara G7 menggelarnya sebagai jenayah perang.

“Di Kremenchuk, tentera Russia menyerang depoh yang menyimpan senjata Ukraine yang diterima daripada Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

“Serangan menggunakan peluru berpandu berketepatan tinggi itu mengenai senjata dan peluru buatan Barat di gudang berkenaan,” kata Moscow dalam satu kenyataan yang disiarkan di saluran Telegramnya.

“Letupan peluru yang disimpan di gudang itu menyebabkan kebakaran di pusat beli-belah yang tidak berfungsi yang terletak di sebelah depoh,” tambahnya.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy berkata pusat beli-belah itu diserang secara langsung oleh peluru berpandu Russia dan kira-kira 1,000 orang berada di dalamnya ketika serangan itu.

Usaha menyelamat diteruskan pada Selasa untuk mencari mangsa yang terselamat, dengan berpuluh-puluh penduduk dilaporkan cedera dan dimasukkan ke hospital.

Russia berulang kali menafikan menyasarkan kawasan awam ketika serangan empat bulannya terhadap Ukraine.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikawal Barat berkata sekurang-kurangnya 4,700 orang awam terbunuh sejak Russia menyerang Ukraine pada 24 Februari. – Agensi

Berita berkaitan
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Bapa pukul anak didakwa miliki parang
November 6, 2023· Isu semasa
Dua wanita antara empat suspek ditahan dalam kes samun bersenjata
June 11, 2023· Isu semasa
Kim Jong-un arah tentera siap sedia serangan nuklear ke atas AS
March 20, 2023· Dunia
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok