Rakyat Malaysia kunjungi Thailand positif Covid-19

October 24, 2021 · Dunia

Thailand merekodkan 9,351 jangkitan baharu Covid-19 dan 56 kematian hari ini, turun berbanding 9,742 kes positif dan 74 kematian yang dicatatkan semalam, lapor Pusat Pentadbir Situasi Covid-19 (CCSA).

Sehingga tengah hari tadi, Bangkok mencatat jumlah jangkitan baharu tertinggi apabila merekodkan 929 kes, diikuti wilayah Songkhla (682); Nakhon Si Thammarat (582), Pattani (511), Yala (487) dan Chiang Mai (461).

Enam daripada jangkitan baharu itu adalah kes import yang melibatkan empat rakyat Kemboja, dan masing-masing satu dari Switzerland serta Malaysia.

Bangkok juga mencatatkan lima kematian diikuti masing-masing empat di Phuket dan Rayong, masing-masing tiga di Samut Prakan, Nonthaburi, Songkhla, Chon Buri dan Sa Kaeo.

CCSA berkata sehingga semalam seramai 101,000 menerima rawatan Covid-19 di hospital, termasuk 2,432 yang menghidap jangkitan serius, dan 546 lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sejak 1 April, ketika gelombang ketiga Covid-19 bermula, Thailand merawat 1,821,619 pesakit Covid-19, dengan 1,703,301 telah sembuh.

Sejak pandemik Covid-19 bermula awal tahun lalu, Thailand mencatat 1,850,482 kes positif, dengan 1,730,727 telah sembuh sepenuhnya.

Jumlah kematian pula kini mencecah 18,755 kes, kata CCSA.

Sementara itu, Thailand juga menamatkan perintah berkurung di 17 wilayah, termasuk Bangkok, mulai 31 Oktober ini, langkah yang dilihat bertujuan menyokong semula industri pelancongan di negara itu.

Arahan menamatan perintah berkurung yang dikuatkuasakan mulai 11 malam hingga 3 pagi itu dikeluarkan Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha.

Thailand akan membuka semula sektor pelancongannya kepada rakyat asing yang lengkap divaksin mulai 1 November ini. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok