Polis Indonesia buru enam suspek belasah pensyarah semasa demonstrasi

April 14, 2022 · Dunia

Polis Metro Jakarta kini sedang memburu enam individu yang disyaki terlibat dalam serangan terhadap seorang pensyarah pengajian komunikasi di Universiti Indonesia, Ade Armando baru-baru ini.

Pensyarah tersebut menjadi mangsa dibelasah sekumpulan individu semasa demonstrasi protes besar-besaran yang dianjur mahasiswa universiti di luar kompleks Dewan Parlimen (DPR) di Jakarta tengah pada Isnin.

Menurut pihak berkuasa, dua suspek — dikenali sebagai Muhammad Bagja dan Komar sudah ditahan yang menurut pihak polis kedua-duanya adalah usahawan, bukan pelajar universiti.

Tubagus Ade Hidayat, yang mengetuai Direktorat Siasatan Jenayah Am Polis Metro Jakarta berkata pada sidang media semalam, Bagja dan Komar masing-masing ditahan di Jakarta Selatan dan di daerah Jonggol yang terletak dalam wilayah Bogor, Jawa Barat.

Polis masih memburu empat lagi suspek yang dikenali sebagai Dhia Ul Haq, Ade Purnama, Abdul Latip dan Abdul Manaf.

“Kami sengaja mendedahkan identiti empat lagi suspek hari ini dan kami meminta mereka menyerahkan diri segera,” kata Tubagus.

Polis berkata mereka masih belum menentukan motif serangan itu dan kedua-dua suspek dalam tahanan masih sedang menjalani soal siasat.

Rakaman viral serangan terhadap Ade menunjukkan berpuluh-puluh individu menumbuk, menendang, dan melucutkan sebahagian pakaian aktivis media sosial kontroversi itu di lokasi kejadian.

Ade diselamatkan pasukan keselamatan dan dimasukkan segera ke hospital bagi diberikan rawatan lanjut.

Ade sebelum ini menimbulkan kemarahan dengan kenyataannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini khususnya dikalangan penganut Muslim.

Antara kenyataannya yang menjadi kontroversi termasuk mencadangkan Allah yang dianggap tuhan dalam agama Islam
bukan seorang Arab dan azan itu tidak suci.

Nama Ade telah menjadi topik trending teratas di Twitter Indonesia sepanjang minggu ini, malah ramai yang gembira melihat dia diserang dan dihina.

Berita berkaitan
Kumpulan Baju Merah beri amaran kepada Zahid
November 21, 2022· Politik
Polis akan panggil 13 individu demonstrasi kapal tempur LCS
August 14, 2022· Isu semasa
‘Flashmob’ barang naik: Polis soal siasat Mat Sabu
July 20, 2022· Isu semasa
Pelajar turun ke jalan raya jika kerajaan kekal mansuh subsidi
June 29, 2022· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok