Pihak berkuasa India roboh patung dewi Covid-19 berpelitup muka

June 13, 2021 · Dunia

Bimbang kepercayaan karut dan tahyul dikalangan rakyatnya, pihak berkuasa India terpaksa merobohkan sebuah patung dewi yang diilhamkan daripada wabak Covid-19 bagi mengelak orang ramai terpedaya dengan amalan agama yang ketinggalan.

Patung tersebut dibina di sebuah kampung Pratapgarh yang terletak di Uttar Pradesh bertujuan supaya orang ramai menyembah patung dikenali sebagai “Mother Corona”, agar diberikan kesembuhan daripada virus yang sudah membunuh jutaan rakyat di India.

Patung tersebut terdiri daripada sosok seorang wanita yang memakai pelitup muka berlatar belakang dinding kuning. Orang ramai membawa bunga kuning untuk dipersembahkan kepada dewi, tetapi tidak dibenarkan menyentuh patung itu, menurut laporan media tempatan.

Video dan gambar orang yang menyembah patung tersebut tular di media sosial.

Menurut laporan media Times of India, pihak polis dan pegawai daerah merobohkan patung tersebut beberapa hari selepas ia dibina bagi “mencegah kepercayaan tahyul” berhubung virus itu dikalangan penduduk kampung.

Pihak berkuasa juga sedang siasatan dalang disebalik pembinaan patung tersebut.

Polis berkata patung tersebut menjadi tumpuan ratusan penduduk kampung yang mempercayai amalan pemujaan dewa dan sebagai perlindungan daripada virus tersebut.

Beberapa patung hampir sama yang kononnya boleh menyembuhkan pesakit Covid-19 juga dikesan dibina di seluruh India.

Bulan lalu, penduduk kota Coimbatore mencipta patung batu hitam yang digunakan untuk meminta perlindungan daripada virus tersebut.

Penduduk kampung di negeri Karnataka juga membina sebuah kuil Covid-19, tetapi ia diroboh dengan pantas oleh pihak berkuasa.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok