Phuket ditutup semula selepas sebulan benar pelancong masuk

July 30, 2021 · Dunia

Pihak berkuasa Phuket, Thailand mengarahkan penutupan semula keseluruhan pulau itu mulai 3 hingga 16 Ogos, susulan penularan Covid-19, sementara nasib skim pelancongan ‘Phuket Sandbox’ belum dipastikan lagi.

Thailand membuka semula pulau itu kepada pelancong asing 1 Julai lalu menerusi skim Phuket Sandbox, dengan mensyaratkan hanya individu yang telah menerima dua dos suntikan dibenar masuk.

Perintah penutupan itu ditandatangani Gabenor Phuket Narong Woonciew semalam, menggariskan sekatan perjalanan yang lebih ketat di pulau itu.

Orang ramai dari luar wilayah itu tidak dibenarkan masuk kecuali sektor tertentu seperti penghantaran bekalan bahan mentah, pelajar dan pekerja kesihatan. Bagaimanapun, mereka tetap dikehendaki melengkapkan dua dos suntikan dan menunjukkan bukti di setiap sekatan jalan raya yang diadakan.

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit (DDC), Kajornsak Kaewjaras berkata pihaknya akan terus memantau situasi Covid-19 di Phuket untuk tempoh dua minggu lagi sebelum menentukan tindakan lanjut terhadap skim Phuket Sandbox.

Phuket katanya setakat ini berjaya mengawal penularan Covid-10, di mana daripada 12,395 pelancong asing yang melawat pulau itu hanya 30 individu sahaja yang dijangkiti dan dikuarantin.

Dr Kajornsak berkata perniagaan yang berkaitan dengan pelancongan tempatan juga telah mematuhi langkah-langkah yang ditetapkan untuk mencegah penularan Covid-19.

DDC memaklumkan 148 kes baharu Covid-19 sejak seminggu lalu. Semua jangkitan itu dibawa dari wilayah luar, dengan sesetengahnya adalah penduduk Phuket tetapi bekerja di luar wilayah dan kembali ke pulau itu untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun Kementerian Luar Thailand berkata pelancong asing yang sudah berada di wilayah Phuket tidak terjejas dengan perintah sekatan itu.

“Peraturan baharu menghalang kemasukan ke Phuket dari mana-mana wilayah di Thailand. Ini bermakna pelancong asing yang telah berada di pulau itu tidak terjejas,” kata jurucakap Kementerian Luar Tanee Sangrat.

Pelancong yang sudah tinggal di Phuket selama 14 hari dibenar berkunjung ke wilayah lain dan boleh masuk semula sekiranya mereka menunjukkan bukti tiket penerbangan yang berlepas dari Phuket.

Menerusi peraturan baharu itu, operasi perniagaan di beberapa kawasan di Phuket dihadkan, termasuk ada yang diarah tutup, bagi mengurangkan kesan jangkitan Covid-19.

Thailand kini berdepan jangkitan Covid-19 yang semakin tinggi di seluruh negara itu.

Pasukan Petugas Khas Covid-19 melaporkan semalam sebanyak 17,669 kes baharu dikesan dengan 165 kematian. Sebanyak 21 pesakit lagi meninggal di rumah ketika menjalani kuarantin kendiri. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok