Pfizer berkesan 100% kepada remaja

November 24, 2021 · Dunia

Pfizer dan BioNTech memaklumkan vaksin Covid-19 keluaran syarikat mereka berkesan 100 peratus kepada remaja berumur 12 hingga 15 tahun dalam tempoh empat bulan selepas suntikan dos kedua.

Syarikat farmaseutikal itu menyatakan melalui data baharu melibatkan 2,228 peserta kajian akan membantu menyokong permohonan mereka untuk mendapatkan kelulusan penuh penggunaannya di Amerika Syarikat (AS) dan seluruh dunia.

Di antara 2,228 peserta terlibat, hanya 30 kes Covid-19 bergejala yang disahkan tanpa bukti jangkitan sebelumnya, semuanya dalam kumpulan plasebo.

Dengan itu, ia mengukuhkan lagi data keberkesanan vaksin sebanyak 100 peratus secara konsisten merangkumi semua aspek seperti jantina, kaum, tahap obesiti dan status komorbiditi.

Tiada kesan sampingan yang serius diperhatikan pada setiap individu tersebut sekurang-kurangnya enam bulan selepas suntikan dos kedua.

“Bertepatan dengan usaha komuniti kesihatan global untuk meningkatkan jumlah populasi yang divaksin di seluruh dunia, data tambahan ity memberikan keyakinan lanjut terhadap profil keselamatan dan keberkesanan vaksin ini dalam kalangan remaja,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla dalam satu kenyataan.

“Ini sangat penting kerana kami memerhatikan kadar jangkitan Covid-19 memuncak dalam golongan umur ini di beberapa wilayah manakala kadar pemberian vaksin adalah perlahan. Kami berharap untuk berkongsi data ini dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) dan pengawal selia terlibat.”

Sebelum ini, AS sudah memberikan kelulusan penggunaan kecemasan vaksin itu kepada golongan remaja bermula Mei lalu dan syarikat itu merancang untuk mendapatkan kelulusan penuh dalam masa terdekat.

Sehingga kini, vaksin di AS hanya diluluskan sepenuhnya kepada individu yang berumur 16 tahun ke atas.

Sementara itu, kebimbangan kesan sampingan utama dalam golongan umur ini ialah miokarditis berkaitan vaksin (keradangan jantung) dalam kalangan lelaki.

Bagaimanapun, data menunjukkan kes sedemikan sangat jarang berlaku dan kebaikan vaksin melebihi risiko kerana jangkitan Covid-19 itu sendiri boleh menyebabkan miokarditis. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok