Penyelesaian dua negara ‘jawapan’ jalan damai antara Palestin, Israel: Biden

May 22, 2021 · Dunia

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menyifatkan penyelesaian dua negara adalah satu-satunya ‘jawapan’ bagi jalan damai terhadap konflik Palestin dan Israel

Biden berkata tiada perubahan berhubung komitmennya terhadap keamanan Israel dan menegaskan pendirian Parti Demokrat kepada Israel masih sama.

“Tidak ada perubahan dalam komitmen saya terhadap keamanan Israel. Tamat. Tidak ada perubahan, tidak sama sekali. Tetapi saya akan memberitahu anda apa yang berubah. Perubahan itu adalah kita masih memerlukan penyelesaian dua negara. Ia adalah satu-satunya jawapan. Satu-satunya jawapan,” kata Biden semasa sidang media dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in.

Kenyataannya itu hadir selepas sekumpulan penggubal undang-undang progresif dan yang lain dalam Parti Demokrat meminta dihentikan penjualan peralatan ketenteraan kepada Israel kerana pengebomannya di Tebing Gaza, Palestin.

Biden berkata sudah bercakap dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas berhubung rancangannya untuk Palestin termasuk memberi jaminan keamanan di Tebing Barat.

“Dan baru-baru ini kami memperbaharui komitmen keselamatan, dan juga komitmen ekonomi kepada orang ramai di Tebing Barat,” kata Biden.

“Saya juga memberi isyarat kepada warga Israel yang ia sangat penting untuk mereka menghentikan pergaduhan dalam komunal di Jerusalem, ia harus dihentikan.”

Presiden juga menjelaskan rancangan besar bersama negara-negara dunia lain untuk membantu membangunkan semula Gaza yang sebahagiannya hancur selepas siri pengeboman Israel yang sudah berhenti ekoran persetujuan gencatan senjata.

“Saya komited untuk menyelesaikannya,” katanya lagi.

Gencatan senjata yang diusahakan Mesir berkuat kuasa pukul 2 pagi waktu tempatan pada hari Jumaat (2300 GMT Khamis). Ia berlaku setelah 11 hari serangan udara Israel di Tebing Gaza.

Sebanyak 248 orang Palestin, termasuk 39 wanita dan 66 kanak-kanak terbunuh dalam serangan Israel di Gaza sejak 10 Mei.

Di Israel, 12 orang terbunuh akibat tembakan roket dari Gaza.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok