Pejuang bedil empat roket dari Lubnan ke arah Israel

May 20, 2021 · Dunia

Empat roket dibedil dari selatan Lubnan ke arah Israel, pada Rabu, serangan kali ketiga seumpamanya dalam tempoh kurang seminggu, kata sumber tentera kepada agensi berita AFP.

Serangan roket itu dilancarkan dari kawasan berhampiran perkampungan Seddiqine di daerah Tyre, Lubnan, kata sumber itu tanpa memperincikan pihak yang bertanggungjawab di atas tindakan berkenaan.

Tentera Israel mengesahkan dan memberitahu serangan itu dibalas dengan tembakan artileri.

“Empat roket ditembak dari Lubnan ke Israel. Pertahanan udara Israel memintas satu daripadanya menggunakan Iron Dome, manakala yang lain terjatuh dalam kawasan terbuka.

“Artileri Pasukan Pertahanan Israel (IDF) membalas dengan menyerang sejumlah sasaran dalam wilayah Lubnan,” kata IDF dalam kenyataan sejurus serangan.

Belum ada laporan mengenai sebarang kematian berikutan insiden terbabit, setakat ini.

Ini adalah kali ketiga serangan roket dilancarkan dari wilayah Lubnan ke arah Israel sejak konflik terbaru tercetus antara rejim Zionis dengan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza, minggu lalu.

Isnin lalu, roket dibedil dari kawasan ladang Shebaa di selatan Lubnan ke arah Israel tetapi gagal melepasi sempadan, yang kemudian menyaksikan rejim Zionis bertindak balas dengan melancarkan tembakan artileri.

Pada Khamis minggu lalu pula, tiga roket ditembak ke arah Israel dari kawasan berhampiran kem pelarian Palestin di Rashidiyeh. – AFP

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok